Monday 12 November 2018

Etika Jual Beli






ASSALAMUALAIKUM WBT

:herb::blosso
Adab Bermuamalah Dalam Masyarakat

حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَنَاجَشُوا وَلَا يَبِعْ الْمَرْءُ عَلَى بَيْعِ أَخِيهِ وَلَا يَبِعْ حَاضِرٌ لِبَادٍ وَلَا يَخْطُبْ الْمَرْءُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ وَلَا تَسْأَلْ الْمَرْأَةُ طَلَاقَ الْأُخْرَى لِتَكْتَفِئَ مَا فِي إِنَائِهَا

Telah menceritakan kepadaku Sa'id bin Musayyab bahawa Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu berlumba-lumba menawar sesuatu barang dengan harga yang tinggi dan jangan kamu menjual di atas jualan orang lain dan barang yang jelas telah binasa atau rosak, dan janganlah seseorang meminang wanita yang telah dipinang oleh orang lain (hinggalah ia meninggalkan (tunangannya) lebih dahulu atau dengan keizinannya (putus tunang), dan janganlah seorang isteri meminta suaminya supaya menceraikan madunya agar semua keperluannya dapat dipenuhi (harta tersebut menjadi miliknya)." (HR Muslim No: 2533) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam menunjukkan adab yang terpuji dalam bermuamalah atau berinteraksi sesama manusia.

2. Dalam berjual beli, seorang pembeli dilarang memujuk penjual agar membatalkan urusan jual beli dengan orang lain sebaliknya menjualkan barangan tersebut kepadanya dengan menawarkan harga yang lebih tinggi.

3. Penjual juga tidak dibenarkan menjual suatu barangan yang telah dipersetujui untuk dijual kepada orang lain.

4. Penjual juga perlu amanah dengan barang jualannya dengan tidak menipu pembeli dengan menjual barang yang telah rosak atau cacat.

5. Meminang tunangan orang lain adalah dilarang kerana ia boleh menimbulkan perbalahan. Namun jika masih dalam perundingan atau pinangan telah dibatalkan maka ia tidak dianggap menceroboh hak atau kepentingan orang lain.

6. Seorang isteri dilarang meminta suaminya supaya menceraikan madunya agar semua keperluannya (harta dan sebagainya) dapat dimiliki. Begitu juga seorang wanita dilarang meminta seorang lelaki menceraikan isterinya agar dia boleh berkahwin dengan lelaki tersebut dan mendapat layanan, harta dan sebagainya daripada lelaki tersebut

No comments:

Post a Comment