Thursday 15 August 2019

Khutbah Hari Arafah 10 Ogos 2019 Bersamaan 9 Dzulhijjah 1440H


Hari Arafah

Pada 9 Zulhijjah 1440 hijrah bersamaan 10 Ogos 2019 masihi ini, akan disampaikan khutbah Arafah di Masjid Namirah yang berada di sempadan Arafah.

Khatib yang bertugas untuk kali ini adalah Syeikh Ustaz Dr. Muhammad bin Hussin Ali Syeikh, yang merupakan seorang anggota ulamak bagi Lajnah Fatwa di Arab Saudi.

Para jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah disunatkan untuk mendengar khutbah ini. Kemudian apabila masuk waktu solat, zohor dan asar ditunaikan qasar secara jamak taqdim. Selepas itu barulah diteruskan dengan ibadat berdoa, merintih kepada Tuhan.

Disebabkan khutbah ini disampaikan dalam bahasa Arab, Kerajaan Arab Saudi telah menyediakan penterjemah untuk beberapa bahasa dunia seperti Melayu, Inggeris, Urdu, Farsi, Perancis dan Mandarin.

Kalian boleh mendengarnya di sini: https://arafat.gph.gov.sa/

Tak kira berada di negara mana sekalipun, boleh nak ikut dengar sama. Zaman sekarang sudah maju, semuanya di hujung jari.

Waktu khutbah di Arab Saudi dijangka pada jam 12:30 tengah hari, bersamaan jam 5:30 petang waktu Malaysia.

Maklum dan kongsikan info ini kepada semua kenalan kalian yang sedang menunaikan ibadat haji tahun ini ya.

Itulah.

FB Najmi Farisham

https://arafat.gph.gov.sa/

No comments:

Post a Comment