Wednesday 4 September 2019

Muamalah yang betul


Mualah Cara Betul

assalam. pada pendapat saya yg fakir ini. perkara ini perlu diperhalusi dengan lebih terperinci. Ini kerana setiap tindakan Nabi saw ialah berdasarkan iman dan takwa semata-mata ingin menegakkan hukum Allah dan menjaga hak manusia.

Oleh itu, saya rasa kempen memboikot barangan bukan Islam bukan lah keutamaan, namun apa yang perlu di highlight kan ialah kempen belilah barangan keluaran muslim tanpa menyatakan boikot barangan lain. ini kerana persaingan yang sihat adalah lebih utama berbanding menyemai hasad dengki kepada bangsa lain.

Kita diajar membalas dengan setimpal atau kurang daripada itu ataupun meninggalkan niat untuk membalas ataupun membalas dengan kebaikan.

saya lihat kelemahan ekonomi Umat Islam bukanlah 100% salah bangsa lain melainkan diri kita sendiri perlu menimba ilmu ekonomi yang betul dari segi muamalat dan teknik berbisnes serta menggalakkan orang lain untuk belajar.

belajarlah muamalah cara Islam dan teknik bisnes yg betul.

saya sudah masuk kelas bisnes azizan osman, apa yg saya lihat ialah bangsa kita lemah bahagian marketing dan terlalu tumpu untuk advertising, lalu tak buat marketing yang betul, akhirnya mencari 1001 alasan atas kesalahan sendiri. ibarat menyalahkan pentas tetapi sebenarnya diri sendiri tidak pandai menari.

sebenarnya pemasaran dan pengiklanan ini sama penting dan paling utama ialah marketing.

belajar lah buat marketing dengan Allah dan buat marketing dalam bisnes cara yang betul.

baharulah persaingna yg sihat kita dapat jana ekonomi bangsa dan negara.

takut2 kita buat kempen boikot akhirnya orang Islam sebagai pekerja di syarikat bangsa lain teraniaya.

bukankah itu sudah menzalimi bangsa sendiri juga?

kalau kita nak kuatkan ekonomi umat Islam memang satu jalan yang sangat baik. tetapi buatlah dengan cara yang diajar Nabi saw.

ada satu kisah dalam hayatus sahabah, saya ada dengar ustaz baca kitab tu, pada zaman nabi dan sahabat, orang yang sudah faqih atau belajar muamalah sahaja yang pergi ke pasar untuk apa?

bukan untuk mengaut keuntungan semata. namun untuk mengamalkan agama, utk hidupkan sunnah, untuk memberi manfaat kepada orang lain, untuk tunjukkan keindahan islam yang sebenar, untuk bayar zakat dan banyak lagi kebaikan lain untuk agama dan ummat.

wallahualam.

https://madrasahdakwah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment