Wednesday, 25 October 2017

4 PENGAKUAN MANUSIA YANG DILALAIKAN


Hazrat Syaqiq Ibnu Ibrahim rah. berkata mengenai 4 perkara manusia mengaku seperti saya, tetapi pengakuan mereka itu berlawanan dengan perbuatan mereka:

1. Mereka berkata bahawa mereka adalah hamba Allah, tetapi perbuatan mereka seperti orang yang bebas.

2. Mereka berkata bahawa adalah menjadi tanggungjawab Allah untuk menyampaikan rezeki kepada mereka, tetapi hati mereka tidak bertenang (mengenai tanggungjawab Nya) selagi sesuatu benda dunia tidak ada pada mereka.

3. Mereka berkata bahawa akhirat lebih baik dari dunia, tetapi mereka sentiasa sibuk dalam memikirkan mengumpulkan harta untuk dunia (dan tiada fikir akhirat).

4. Mereka berkata mati adalah pasti dan tidak syak lagi mengenai kedatangannya, tetapi amal mereka adalah seperti orang yang tidak sekali-kali akan mati.

Dipetik dari kitab Fadhilat Sedekah karangan Muhaddith Maulana Zakariyya Kandahlawi.

No comments:

Post a Comment