Friday, 20 October 2017

KARKUZARI JEMAAH MASTURAT KE MEXICO


Karkuzari jemaah Masturat ke MEXICO

Orang Mexico hanya sikit bilangan ISLAM
MASJID yang menghidupkan 5amal masjid hanya ada 1 masjid

Orang Mexico bertanyakan kepada jemaah Malaysia
"Berapa ramaikah penduduk malaysia"

Jemaah Malaysia menjawab
"Dalam anggaran 26juta"

Orang Mexico bertanya lagi
"Berapa ramaikah orang islam dimalaysia"

Jemaah Malaysia menjawab
"Dalam 70-80℅ daripada penduduk malaysia"

Terus orang Mexico bertanya
" Kenapa jemaah Malaysia tak dihantar ke sini lagi banyak, kami hanya tahu ISLAM pada nama, kami tak tahu nak ucapkan BISMILLAH pun😭😭😭😭, banyak kami nak belajar😭😭😭"

Didunia lagi kita dah didakwa..seperti mana orang JEPUN bertanyakan jemaah Malaysia Dulu tentang ISLAM..kenapa kalimah yang penting itu kami tidak tahu, kamu yang ada kalimah SYAHADAH kenapa tak datang sampaikan pada kami...sedangkan setiap rumah kamu ada barangan Dari JEPUN hatta selipar JEPUN pun😉...kami pun nak masuk SYURGA ALLAH....

Berapa tinggi nilai ISLAM diri mereka, diMEXICO mereka tak boleh berpakaian Cara ISLAM, ada Satu tempat,wanita-wanitanya bagitau jika kami memakai tudung maka kami akan diROGOL😭😭😭..mereka sanggup datang ketempat jemaah wanita(Masturat) berpakaian tidak menutup aurat..apabila sampai didepan pintu rumah itu maka mereka akan memakai tudung yang dililit itu...hanya semata-mata untuk datang belajar SOLAT, belajar mandi wajib dan belajar IMAN😭😭😭 . Betapa susahnya untuk mendapat ILMU, dan kita diMALAYSIA ini berapa beruntung kerana banyak tempat untuk belajar ILMU agama, ramai ULAMAK, namun Kita sibuk mengejar benda lain, sibuk dengan Dunia...

Bila kita keluar KHURUJ merata Dunia, kita akan tahu nilai ISLAM, KHURUJ kami tidak ditaja, khuruj kami tidak dibayar, semuanya dengan HARTA sendiri,masa dan diri yang dikorban kan untuk agama ALLAH...pergi kami 2bulan Negara jauh, dari mana semuanya? semuanya dari Allah...setiap rm1 yang dibelanjakan akan diganti dengan rm700,000 hingga rm49 juta..ALLAH akan hantar rezeki itu, rezeki itu bukan setakat duit tapi kesihatan,umur, anak-soleh soleh dan berbagai lagi..dan pergi mana duit yang kami belanja kan, pergi ke tempat SIMPANan yang tak akan hilang iaitu diAKHIRAT, tempat yang abadi.. hari ini kita sibuk bila duit kita lesap dalam bank, dicuri, diragut, dihanyutkan dan sebagainya..sebab apa sebab duit itu kita tak gunakan ke tempat yang sepatutnya😭😭😭

Azam tinggi-tinggi untuk pergi ke seluruh Alam..NIAT, usaha dan doa betul-betul,minta dengan Allah sungguh-sungguh..Allah akan bagi..jangan risau bab duit, bab masa, itu semua aturan Allah...azam insha Allah...

Para SAHABAT r.hum ada 124,000 tapi yang KUBUR dimekah n madinah hanya 10,000 orang..mana lagi 114,000 orang? Bertebaran seluruh Alam untuk dakwah, untuk agama Allah..

Hari ini kita mengaku umat RASULULLAH, tapi ada kita ikut apa RASULULLAH buat..jangan berani cakap zaman RASULULLAH lain zaman sekarang lain.. RASULULLAH dihantar untuk seluruh umat hingga kiamat, dah tak ada nabi dah selepas ini.. untuk itu ikutlah RASULULLAH, setiap SUNNAH itu ada kejayaan, ada HIDAYAT..kenapa umat hari ini dilanda kerosakan, diuji dengan NILAI WANG tinggi, diuji dengan barang MAHAL sebab kita tak buat dakwah..mengaku umat RASULULLAH tapi tak buat kerja RASULULLAH, rasa-rasa nak ke RASULULLAH jumpa kita😭😭😭😭

Ingatlah bantuan ke atas umat akhir zaman adalah 50kali Ganda daripada bantuan pada para SAHABAT r.hum...belajarlah yakin pada janji Allah...janji Allah itu besar, janji manusia itu belum tentu lagi..Minta pada Allah jangan pada makluk,harap pada Allah jangan pada makhluk..ALLAH Kuasa Makhluk tak ada kuasa..

Usaha atas IMAN dan AMAL

Azam tinggi-tinggi..insha Allah

#takazaagama
#khuruj

1 comment:

  1. Insha Allah, saya azam BBNJ
    https://payhip.com/b/MjlJ
    https://payhip.com/laris

    ReplyDelete