Wednesday, 18 October 2017

ASHABUL KAHFI DIBERI KEMULIAAN KERANA MENYELAMATKAN IMAN

Manusia yang bergelar ashabul kahfi, yang telah melarikan diri untuk menyelamatkan iman masing-masing daripada pemeritah yang zalim, Allah SWT menidurkan mereka selama 300 tahun lebih di dalam sebuah gua. Pada waktu itu ; pintu gua telah dipancari cahaya matahari secara terus sewaktu matahari terbit, hasilnya cahaya matahari menyinar tepat ke muka-muka mereka.

ALLAH swt sendiri dengan kehebatanNya memuliakan ashabul kahfi ini, maka selama 300 tahun itu, laluan garisan matahari yg terbit telah dipesongkan dengan kudrat ALLAH swt, supaya tidur mereka tidak diganggu oleh pancaran matahari tersebut...dan mereka dapat tidur nyenyak di dalam bayang-bayang.

"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya." (surah Al-Kahfi 17)

Kemuliaan ini diberikan kerana mereka, telah berikhtiar untuk selamatkan iman masing-masing...fikiran dan kerisauan mereka adalah untuk iman mereka sendiri sahaja. Jika kerana ini pun, matahari sendiri telah diperintahkan oleh ALLAH untuk menukar laluan rutinnya selama 300 tahun. Apatah lagi kemuliaan yang bakal ALLAH swt kurniakan atas mereka yang membuat pengorbanan untuk menyelamatkan iman seluruh umat di seluruh alam.

(petikan bayan subuh; Maulana Ali - Masjid Sri Petaling)

No comments:

Post a Comment