Friday 20 October 2017

KHUTBAH JUMAAT JDT 25 OGOS 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  25 Ogos 2017
               03 Zulhijjah 1438
Tajuk:  Hargai Nikmat Allah
             
1) Firman Allah surah Ibrahim/7 bermaksud: "Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kpd kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah berat".

2) Kemerdekaan- bebas dan lepas dari sebarang bentuk penjajahan; tidak bergantung kpd orang lain; nikmat dari Allah; perlu disyukuri; keperluan setiap ummat yg inginkan keamanan.

3) Kemerdekaan menurut islam-
kebebasan dari sebarang bentuk penjahahan lahiriah dan bathiniah; dibataskn dgn syariat Allah; dapat melepaskn diri dpd ikatan dunia dn nafsu; tunduk hanya kpd Allah.

4) Antara sejarah perjuangan islam- Rasul SAW bebaskn ummat manusia dari penjajahan jahiliah kpd hidayah islam; manusia x bole bebas ikut kehendaknya sendiri; Allah tentukan perkara yg bole dan di larang utk kebaikn hidup d dunia dn akhirat.

5) Pengisian kemerdekaan- seimbang antara jasmani dn rohani; x dicemari perkara2 maksiat dn mungkar; isi dgn amalan2 soleh dn perkara kebajikan; tingkat keimanan kpd Allah; tanda syukur atas nikmat kemerdekaan.

6) Firman Allah surah Ali-imran/83 bermaksud: "...............pada hal kpdNya lah tunduk taat sekelian makhluk yg ada di langit dn di bumi samada dgn sukarela atau terpaksa dn kepadaNya lah mereka dikembalikan".

7) Kemerdekaan yg hakiki- bebas dpd perhambaan sesama makhluk; perhambaan hanya kpd Allah; cari ridho Allah; serah jiwa hanya kpd Allah.

8) Pertahankan kemerdekaan- kekal kuasa ummat islam dari campur tangan kuasa2 asing; pertahan jiwa dan rohani generasi islam dpd penjajahan hawa nafsu; bebaskn aqidah dari fahaman salah dn menyesatkan.

9) Kesyukuran kpd nikmat kemerdekaan- jgn semai benih2 perpecahan; jauhi buruk sangka; x mencari kesilapan orng terdahulu; pertahankn melalui perpaduan dn kesatuan.

10) Runtuhnya kegemilangan tamadun yg merdeka- nilai perpaduan yg retak; lemah dn berpecah belah; kacau bilau dn mundur; soal kesatuan diremehkan; memudahkan pihak musuh.

11) Firman Allah surah An-nasr/1-3 bermaksud: "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah) dan engkau melihat manusia masuk dlm agama Allah beramai ramai, maka ucapkanlah tasbih dgn memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kpdNya, sesungguhnya Ia sangat2 menerima taubat".

باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment