Wednesday, 18 October 2017

ORANG DAKWAH RAMAI MUSUH ORANG BAIK RAMAI KAWAN

ORANG DAKWAH RAMAI MUSUH, ORANG BAIK RAMAI KAWAN


Untaian Hikmah nan Indah
ﻣﺎ ﺍﻟﻔﺮﻕ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﺼﺎﻟﺢ ﻭﺍﻟﻤﺼﻠﺢ ؟
Apa bezanya Orang Baik (Soleh) dan Penyeru Kebaikan (Musleh)..?
ﺍﻟﺼﺎﻟﺢ ﺧﻴﺮﻩ ﻟﻨﻔﺴﻪ ﻭﺍﻟﻤﺼﻠﺢ ﺧﻴﺮﻩ ﻟﻨﻔﺴﻪ ﻭﻟﻐﻴﺮﻩ .
*Orang Baik*, melakukan kebaikan untuk dirinya.
Sedangkan *Penyeru Kebaikan* (Musleh) mengerjakan kebaikan utk dirinya dan orang lain..
ﺍﻟﺼﺎﻟﺢ ﺗﺤﺒُﻪ ﺍﻟﻨﺎﺱ . ﻭﺍﻟﻤﺼﻠﺢ ﺗﻌﺎﺩﻳﻪ ﺍﻟﻨﺎﺱ .
*Orang Baik*, dicintai manusia..
*Penyeru Kebaikan* dimusuhi manusia..
ﻟﻤﺎﺫﺍ !!! ؟
Kenapa begitu...?!?!
ﺍﻟﺤﺒﻴﺐ ﺍﻟﻤﺼﻄﻔﻰ ‏( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ‏) ﻗﺒﻞ ﺍﻟﺒﻌﺜﺔ ﺃﺣﺒﻪ ﻗﻮﻣﻪ ﻷﻧﻪ ﺻﺎﻟﺢ .
Rasulullah SAW sebelum diutus, baginda dicintai oleh kaumnya kerana baginda adalah orang baik..
ﻭﻟﻜﻦ ﻟﻤﺎ ﺑﻌﺜﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﺻﺎﺭ ﻣﺼﻠﺤًﺎ ﻓﻌﺎﺩﻭﻩ ﻭﻗﺎﻟﻮﺍ ﺳﺎﺣﺮ ﻛﺬﺍﺏ ﻣﺠﻨﻮﻥ .
Namun ketika Allah ta'ala mengutusnya sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya dengan menggelarkannya; Tukang sihir, Pendusta, Gila..
ﻣﺎ ﺍﻟﺴﺒﺐ ؟
ﻷﻥ ﺍﻟﻤﺼﻠﺢ ﻳﺼﻄﺪﻡ ﺑﺼﺨﺮﺓ
ﺃﻫﻮﺍﺀ ﻣﻦ ﻳﺮﻳﺪ ﺃﻥ ﻳﺼﻠﺢ ﻣﻦ ﻓﺴﺎﺩﻫﻢ .
Apa sebabnya..?
Kerana *Penyeru Kebaikan* 'menyikat' batu besar nafsu angkara dan memperbaikinya dari kerosakan..
ﻭﻟﺬﺍ ﺃﻭﺻﻰ ﻟﻘﻤﺎﻥ ﺍﺑﻨﻪ ﺑﺎﻟﺼﺒﺮ ﺣﻴﻦ ﺣﺜﻪ ﻋﻠﻰ ﺍﻹﺻﻼﺡ ﻷﻧﻪ ﺳﻴﻘﺎﺑﻞ ﺑﺎﻟﻌﺪﺍﻭﺓ .
Itulah sebabnya kenapa Luqman al hakim menasihati anaknya agar BERSABAR ketika melakukan kebaikan, kerana dia pasti akan menghadapi permusuhan..
( ﻳﺎ ﺑﻨﻲ ﺃﻗﻢ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺃﻣﺮ ﺑﺎﻟﻤﻌﺮﻭﻑ ﻭﺍﻧﻪَ ﻋﻦ ﺍﻟﻤﻨﻜﺮ ﻭﺍﺻﺒﺮ ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﺃﺻﺎﺑﻚ )
Hai anakku tegakkan solat, perintahkan kebaikan, laranglah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa yang menimpamu..
ﻗﺎﻝ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻔﻀﻞ ﻭﺍﻟﻌﻠﻢ : ﻣﺼﻠﺢٌ ﻭﺍﺣﺪٌ ﺃﺣﺐ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺁﻻﻑ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ ،
Berkata ahli ilmu:
Seorang penyeru kebaikan lebih dicintai Allah daripada ribuan orang baik...
ﻷﻥ ﺍﻟﻤﺼﻠﺢ ﻳﺤﻤﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻪ ﺃﻣﺔ ،ﻭﺍﻟﺼﺎﻟﺢ ﻳﻜﺘﻔﻲ ﺑﺤﻤﺎﻳﺔ ﻧﻔﺴﻪ .
Kerana melalui penyeru Kebaikan itulah Allah jaga umat ini..
Sedang orang baik hanya cukup menjaga dirinya sendiri...
ﻓﻘﺪ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰَّ ﻭ ﺟﻞَّ ﻓﻲ ﻣﺤﻜﻢ ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ :
Allah SWT berfirman :
( ﻭَﻣَﺎ ﻛَﺎﻥَ ﺭَﺑُّﻚَ ﻟِﻴُﻬْﻠِﻚَ ﺍﻟْﻘُﺮَﻯٰ ﺑِﻈُﻠْﻢٍ ﻭَﺃَﻫْﻠُﻬَﺎ ﻣُﺼْﻠِﺤُﻮﻥ َ).
_"Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan satu negeri dengan zalim padahal penduduknya adalah penyeru kebaikan.."_
ﻭﻟﻢ ﻳﻘﻞ ﺻﺎﻟﺤﻮﻥ ...
Allah tidak berfirman;
"...Orang Baik (soleh)"
ﻛﻮﻧﻮﺍ ﻣﺼﻠﺤﻴﻦ ﻭﻻ ﺗﻜﺘﻔﻮﺍ ﺑﺄﻥ ﺗﻜﻮﻧﻮﺍ ﺻﺎﻟﺤﻴﻦ .
Maka jadilah *PENYERU KEBAIKAN*, jangan merasa puas hanya sebagai *ORANG BAIK* saja...

No comments:

Post a Comment