Panduan Bersedekah
1- Apabila kita ingin bersedekah atau mengeluarkan zakat, pilihlah baranganmu yang baik; bukannya sesuatu yang buruk yang kita sendiri tidak mahukan lagi.
2- Syaitan menakutkan kita dengan kemiskinan supaya menjadi bakhil; sedangkan Ar-Razak menjanjikan keampunan dan kurniaanNya kepada sekalian makhlukNya.
3-Apa sahaja yang kita nafkahkan atau nazarkan, Dia Maha Mengetahui. Tiada penolong bagi orang-orang yang zalim.
4- Bersedekah itu haruslah disuburkan dalam diri setiap insan. Ganjarannya adalah umpama sebutir benih yang mempunyai 7 tangkai; dan pada setiap tangkai mempunyai 100 biji. Bahasa mudahnya; 1 sedekah adalah bersamaan 700 kali ganda. Dan nilai ganjaran itu akan dilipatgandakan olehNya bagi sesiapa yang Dia kehendaki.
5- Perkataan yang baik dan pemberian maaf juga merupakan sedekah. Maka, didiklah lidah dan hati kita untuk sentiasa bersedekah juga.
6- Pahala sedekah boleh hilang jika kita menyakiti hati si penerima ataupun mengungkit-ungkit pemberian tersebut. Antara sedekah terbaik juga adalah bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri.
7-Janganlah kita membiarkan 'kebun' sedekah kita terbakar kerana riya'. Allah sebaik-baik pemberi rezeki dan kepadaNya kita akan dikembalikan.
[Silakan like dan share]
No comments:
Post a Comment