Tuesday, 21 November 2017

RAHSIA DISEBALIK NAMA BULAN RABIUL'AWAL, BULAN KELAHIRAN RASULULLAH SAW

TAHUKAH ANDA KENAPA APA KAITAN BULAN RABI’ DAN MUSIM BUNGA?
.
Rabi’ bermaksud musim bunga. Pada musim bunga, pokok-pokok dan tanam-tanaman akan mengeluarkan hasil yang menjadi rezeki kepada manusia. Sesiapa sahaja yang melihat biji-bijian yang akan menghasilkan tanaman baharu dari pokok-pokok berbuah yang masak ranum, pasti akan berasa gembira dengan nikmat kurniaan Allah ini.
.
Ini juga merupakan isyarat kepada keputeraan Rasulullah SAW dalam bulan Rabiulawal sebagai suatu berita gembira (busyra) dan rahmat kepada sekalian alam yang mengeluarkan mereka daripada segala ketakutan dan huru-hara di dunia dan di akhirat.
.
Sebagaimana indah dan cantiknya pemandangan pada musim bunga, maka Rasulullah SAW yang lahir pada bulan Rabiulawal juga mempamerkan keindahan dan kecantikan akhlak Baginda yang terpuji, mulia dan sangat agung.
.
Musim bunga bukan sahaja indah dan mempesonakan, iklimnya juga sederhana; tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Mudah untuk mengerjakan ibadah pada waktu malam dan berpuasa pada waktu siang.
.
Ia simbolik atau isyarat kepada syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang bersifat sederhana, tidak terlalu mudah dan tidak membebankan. Bahkan Baginda SAW selalu mengajar tentang keseimbangan (wasathiyyah) dalam kehidupan.
- Petikan buku Kelahiran Teragung
DISKAUN SPECIAL untuk promosi Rasulullah Di Hati. Berminat?
Sila klik di sini: http://tinyurl.com/y8z7wxcq

No comments:

Post a Comment