Thursday, 21 December 2017

KHUTBAH JUMAAT JDT 22 DISEMBER 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  22 Disember 2017
               03 Rabiul Akhir 1439
Tajuk:  Ridho Allah atau Ridho
               Manusia
             
1) Matlamat dn harapan hidup seorng muslim- mendapat ridho Allah d dunia dn d akhirat; kukuhkn keimanan kpd Allah; tingkatkn amal ikhlas kerana Allah.

2) Contohi para sahabat Rodhiollohu Anhum- terima didikan dn tarbiyah dari Rasul SAW; berlumba2 dlm menyahut seruan Allah dn Rasul; bersungguh2 meninggalkn segala laranganNya; berkorban nyawa harta pangkat demi islam; mreka ridho Allah bukan ridho sanjungan manusia.

3) Firman Allah surah Al- baiyinah/7&8 bermaksud: "Sesungguhnya orng yg beriman dn beramal soleh, mreka itulah sebaik2 makhluk. Balasan mreka di sisi Tuhan mreka ialah Syurga Adnin (tmpat tinggal yg kekal) yg mengalir d bawahnya bbrapa sungai..............Allah ridho akn mreka................... Balasan yg demikian itu utk orng yg takut (melanggar perintah) Tuhannya".

4) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Orng yg merasai kelazatan iman ialah orng yg meridhoi Allah sbg Tuhan, menerima islam sbg agama dn mengaku Muhammad sbg Nabi".

5) Maksud ridho Allah- meridhoi ketentuan Allah; pahit manis hidup thdp dirinya; rezeki kurniaan Allah; sabar hadapi ujian bala bencana; Allah tmpat bergantung harapan; bersikap ikhlas dlm ibadat.

6) Maksud ridho dgn Islam- memandang berat thdp perintah2 agama; menjunjung syiar2Nya; mempelajari ilmu2 agama dn beramal dgnnya.

7) Maksud ridho dgn Muhammad- menuruti akhlak dn cara hidupnya; menjunjung syariatnya; berpegang teguh dgn perjalanannya; menghormati haknya; perbanyakn selawat ke atasnya.

8) Ikhlaskn diri- bersihkan hati; asal punca segala perkara; Allah tidak melihat kpd paras rupa; Allah melihat kpd hati dn niat hambanya.

9) Baginda SAW amalkn doa bermaksud: "Aku ridho Allah sbg Tuhan, Islam sbg agama dn Muhamnad sbg Nabi".

10) Golongan mendapat ridho Allah- hidupnya terpelihara; rezekinya dicukupkn; usianya diberkati; hidup tenang d dunia akhirat.

11) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Sesiapa yg menyebabkn kemurkaan Allah kerana hendak mencari ridho manusia, Allah akn memurkai dn Allah akn menjadikn setiap yg diridhoinya itu benci terhadapnya......................".
HR: Imam At-tobroni

12) Firman Allah surah At-taubah/62 bermaksud: "Mereka bersumpah kpd kamu dgn nama Allah utk mendapat keridhoan kamu pada hal Allah dan RasulNya jualah yg lebih berhak mreka mendapat keridhoanNya, jika betul mreka orng yg beriman".

              باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment