Friday, 26 January 2018

KHUTBAH JDT 26 JANUARI 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  26 Januari 2018
               09 Jamadil Awal 1439
Tajuk:  Solat Pendinding
              Maksiat
             
1) Firman Allah surah Al-baqarah/238-239 bermaksud: "Peliharalah kamu (kerjakn dgn tetap dn sempurna pd waktunya) segala solat fardhu khasnya solat wusto (solat asar) dn berdirilah kerana Allah (dlm solat kamu) dgn taat dn khusyuk............................".

2) Ibadat solat- diwahyukn oleh Allah kpd Rasul SAW; secara langsung; tanpa perantaraan Jibrael AS; Allah mengangkat Rasul SAW kelangit; yakini pengaruh solat dlm membentuk jiwa, diri akhlak sifat amanah, perpaduan hidup berkeluarga, masyarakat dn negara.

3) Hikmah solat:-
3.1) Utk menyembah dn mengingati Allah- FirmanNya surah Toha/14  bermaksud: "Sungguh Akulah Allah tiada Tuhan melainkn Aku, oleh itu sembahlah Aku dn dirikanlah solat utk mengingati Ku".

3.2) Tanda pengabdian dn syukur kpd Allah- FirmanNya surah Al-kausar/2 bermaksud: "Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata2 dn sembelihlah qurban (sbg bersyukur)".

3.3) Solat dapat menghapus dosa- Sabda Rasul SAW bermaksud: "Sesungguhnya Jumaat kpd Jumaat itu penghapus dn solat fardhu 5 waktu itu penghapus selagi antara keduanya tidak melakukn dosa2 besar".

4) Dosa- setiap manusia tidak terlepas dari melakukannya; mata terlihat perkara mungkar; lidah berkata yg bukan hak; anggota2 lain tidak terkecuali; dgn izin dn rahmat Allah dosa2 dapat dipadam melalui solat.

5) Firman Allah surah Al-ankabut/45 bermaksud: ".................dan dirikanlah solat (dgn tekun) sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatn yg keji dn mungkar.....................dn ingatlah Allah mengetahui akn apa yg kamu kerjakan".

6) Solat ttapi tidak berubah kpd sifat baik- salah pelakunya bukan solatnya; solatnya belum sempurna; zahirnya solat ttapi batinnya tidak; singkap rahsia solat dgn hadiri majlis ilmu; rujuk orng yg lebih alim.

7) Wajib mendirikan solat- orng yg mukalkaf (islam baligh berakal); ajar anak ketika berumur 7 tahun; pukul jika enggan tatakala berumur 10 tahun; bila dewasa tahu akn t/jawab kpd Allah.

8) Solat yg khusyuk- dapat kawal diri pemikiran perasaan; kawal anggota dn hati dpd melakukn kemungkaran dn maksiat; merasa gerun ketika melakukn perkara keji; sia2 solat orng yg tidak khusyuk.

9) Firman Allah surah Al-mukminun/1-2 bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orng yg beriman iaitu mreka yg khusyuk dlm sembahyangnya".

           باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment