السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh: 09 Februari 2018
23 Jamadil Awal 1439
Tajuk: Nikmat Dunia Yang
Sementara
1) Firman Allah surah Al-an'am/32 bermaksud: "dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan (yg sia2) dan hiburan (yg melalaikn) dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orng yg bertaqwa.......................".
2) Hidup di dunia- beringat ttng apa jua yg dikerjakn; fitrah manusia yg d beri nafsu oleh Allah; nafsu membawa hidup seseorang melebihi darjat para Malaikat; dgn nafsu boleh jadi seserorng itu lebih rendah dpd binatang; orng bertaqwa sedar Allah memerhatikan apa yg sedang dilakukannya.
3) Firman Allah surah Al-hadid/20 bermaksud: "ketahuilah bahawa (yg dikatakn) kehidupan dunia itu tidak lain melainkn (bawaan hidup yg berupa semata2)...................................bermegah2 d antara kamu (dgn kelebihan kekuatan dn bangsa keturunan) serta berlumba2 memperbanyakn harta benda dan anak pinak..................".
4) Punca dilalaikn oleh dunia :-
4.1) kurang didikan dn penghayatan ilmu agama- hati yg keras; ujud sifat tamak; payah solat; berat bayar zakat; rasa rugi bila bersedekah dll.
4.2) sangat cinta dunia- waktu halal dn haram tiada bezanya; yg penting hendakan kemewahan dn segala2nya.
5) Berusaha perbaiki diri :-
5.1) perbanyakn amalan kebaikan spt sabda Nabi SAW bermaksud: "bersegeralah melakukn banyak amalan (kebaikn) dgn datangnya fitnah spt mlm gelap, seorang lelaki pd waktu paginya beriman dn petangnya kafir dn petangnya beriman dn paginya kafir d sebabkn menjual agamanya dgn habuan dunia yg sedikit".
HR: Imam Ahmad
5.2) Jangan berputus asa dpd rahmat Allah spt firmanNya surah Yusuf/87 bermaksud: "Wahai anak2Ku, pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dn saudaranya (Bunyamin) dn janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah dan pertolongan Allah itu melainkn kaum yg kafir".
6) Nasihat orang 'alim berhubung dunia :-
6.1) jgn berfikir ttng kemiskinan, nnti ia membawa kpd kerisauan dan haloba.
6.2) jgn berfikir ttng orng yg telah menzalimi kita, nnti ia nembawa kpd keras hati dn sifat marah.
6.3) jgn berfikir kita hidup kekal di dunia, nnti ia membawa kpd mengumpulkn harta dunia dn menangguhkn utk beramal.
7) Firman Allah surah Al-an'am/128 bermaksud: "dan (ingatlah) hari (qiamat) yg padanya Allah akan himpunkn mreka semua (lalu berfirman): wahai sekelian jin (syaitan2)! sesungguhnya kamu telah banyak pengikut2 dari manusia....................................... (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, berkekalanlah kamu di dalamnya kecuali apa yg dikehendaki oleh Allah. Sesungguhnya Tuhan mu (wahai Muhammad) amat bijaksana lagi amat mengetahui".
باراك الله لي ولكم ...
No comments:
Post a Comment