السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh: 23 Mac 2018
05 Rejab 1439
Tajuk: Kehidupan Dunia Adalah
Ujian.
1) Firman Allah surah Al-mulk/2 bermaksud: "Dialah yg mentakdirkn adanya mati dan hidup (kamu) utk menguji dn menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yg lebih baik amalnya dan Ia maha kuasa (membalas amal kamu) lagi amat pengampun (kpd orng yg bertaubat)".
2) Ujian Allah- perjalanan hidup kita telah diatur oleh Allah; Allah uji utk menilai siapakah di antara hamba2Nya yg paling baik amalnya.
3) Ujian kpd manusia- bermula sejak dilahirkn ke dunia; jika seseorng dilahirkn dlm keadaan kurang sempurna fizikalnya, ibu bapanya yg merasai kepayahan; orng sekelilingnya juga sdng diuji samada merasa simpati atau sebaliknya; penilaian Allah adalah berdasarkn sikap hamba2Nya
4) Ujian demi ujian- remaja yg sdang membesar menjadi ujian kpd ibu bapa; ujian lain spt kesusahan, kekurangan kewangan, kematian dll; ujian bebeza2 dialami oleh setiap orng.
5) Ujian dpd Allah :-
5.1) Ujian berupa perintah- pelaksanaan ibadat solat; berpuasa di bulan Ramadhan; wajib dilaksanakn walau apa jua keadaannya.
5.2) Ujian berbentuk larangan Allah- spt larangan menerima atau memberi rasuah; ujian samada berpegang kpd syariatNya atau tidak.
5.3) Ujian dlm bentuk musibah- spt berlaku bencana alam; banjir besar yg menakutkn; kelaparan; kemusnahan harta benda; kemalangan jiwa dll.
5.4) Ujian berbentuk nikmat- nikmat harta kekayaan; kesihatan; kelapangan dll; rezeki yg diperolehi ada hak utk ibubapa, isteri, anak2 juga fakir miskin; Allah uji samada nikmat dn rezeki diguna kejalan yg di ridhoi atau sebaliknya.
6) Tahap ujian dari Allah- semakin kukuh keimanan srseorng, semakin berat ujian terhadapnya.
7) Rasul SAW pernah menjawab pertanyaan Saad b Abi Waqas yg bermaksud; "..............siapakah yg paling berat ujiannya? Baginda menjawab: para Nabi kemudian...........para syuhada' , para solihin. Seseorang akn diuji sesuai dgn kadar igamanya..............jika igamanya lemah maka akn diuji sesuai dgn kadar kekuatan igamanya".
HR: Ibn Majah
8) Hadith Baginda SAW bermaksud: "Sesungguhnya besarnya pahala tergantung dgn besarnya ujian. Sesungguhnya apabila Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia mengujinya. Siapa yg ridho dgn ujian itu maka ia akn mendapatkn keridhoanNya. Siapa yg membenci ujian itu maka ia akn mendapatkn kemurkaanNya ".
9) Islam menggariskn tatacara yg boleh dijadikn panduan tatakala menghadapi ujian:-
9.1) Yakinlah bahawa Allah memberi cobaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dlm mengharungi kehidupan.
9.2) Yakinlah bahawa ujian itu akn menghapuskn dosa2 yg pernah kita kerjakn.
9.3) Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan maka akn ada kemudahan.
9.4) Hadapi ujian hidup dgn usaha dan doa.
10) Firman Allah surah Al-anbia'/35 bermaksud: "Tiap2 diri akn merasai mati dan Kami menguji kamu dgn kesusahan dn kesenangan sbg cobaan dan kpd Kamilah kamu sekeliannya akn dikembalikan".
باراك الله لي ولكم ...
No comments:
Post a Comment