Thursday 10 May 2018

DOA MENCARI KEBENARAN

*DOA MENCARI KEBENARAN*

🌝Doa ini dimohon oleh Nabi saw dalam solat qiyamullail Baginda.

❤Doa ini sangat bagus utk menetapkan hati dalam mencari kebenaran.

❎Dalam musim PRU 14 ini bgs juga kita amalkan doa ini pd setiap doa kita semoga kita dapat petunjuk dr Allah swt dalam memilih pemimpin yg akan memimpin Malaysia yg tercinta.

📚Doa ini dari hadis Sahih Muslim.

📈Jom kita hayati doanya...

*اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ*

📜Bermaksud:
_Ya Allah! Wahai Tuhan kepada malaikat Jibril, Mikail dan Israfil! Wahai Tuhan yg Maha Pencipta 7 petala langit dan bumi! Wahai Tuhan yg Maha Mengetahui perkara yg ghaib dan yg nyata!  Engkau adalah Penentu utk hamba-hambaMu dalam perkara yg mereka berselisih tentangnya. Oleh kerana itu Dengan izinMu Engkau berilah petunjuk hidayah dari kebenaran untuk ku dalam perkara yg diperselisihkan padanya. Sesungguhnya Engkau sentiasa memberi petunjuk hidayah kepada mereka yg Engkau pilih utk menuju ke jalan yg lurus lagi benar._

📐 ```Doa adalah antara usaha dalam mencari kebenaran disamping mengkaji dan mencari fakta yg benar.```

No comments:

Post a Comment