السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Intisari Khutbah Jumaat JDT
Tarikh: 04 Mei 2018
18 Sya'ban 1439
Tajuk: Sifat 20 bagi Allah
Subhanahu Wata'ala
1) Firman Allah surah Al- ikhlas/ 1-4 bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad) Tuhanku ialah Allah yg Maha Esa, Allah yg menjadi tumpuan sekelian makhluk utk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak dan Ia pula tidak diberanakn dn tidak ada sesiapa pun yg setara denganNya".
2) Asas ibadah dan bawaan dlm alam kehidupan manusia- menetapkn keEsaan zat Allah; keEsaan sifat Allah; keEsaan perbuatan Allah; aqidah tauhid yg sebersih2nya; tidak memperhambakan diri selain Allah; tidak berhajat melainkn kpd Allah; segala urusan hidup dgn hukum Allah; asas wajib diiktiqad seseorng semasa mengucap kalimah "Laailaa haillallaah".
3) Dalam Mazhab Ahlus sunnah wal jama'ah aliran al-asyairah dan al-maaturiidiiyah- ada sifat 20 bagi Allah yg wajib diketahui; akhir2 ini ada kelompok yg persoal sifat 20.
4) Melalui kajian dan penelitian, Ulamak Ahlus Sunnah Waljama'ah dlm menetapkan Sifat 20 antaranya:-
4.1) setiap muslim wajib meyakini bahawa- Allah wajib memiliki semua sifat kesempurnaan; mustahil bagi Allah bersifat dgn kekurangan; harus bagi Allah boleh menciptakan dn mematikan.
4.2) tidak menghadkan sifat2 kesempurnaan bagi Allah dlm 20 sifat- wajib bagi Allah atas sifat itu sehingga sifat Allah tidak terbatas pd 99 shj.
4.2.1) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, tidak menafikan nama2 selainnya".
HR: Al-baihaqi.
4.3) Ulamak membahagi sifat2 'khabariyah', sifat2 Allah dlm Al -qur'an dn Hadith kpd dua:-
4.3.1) sifat Az-zat- sifat yg ada pd zat Allah; antaranya dlm sifat 20; merupakn sifat2 yg menjadi syarat zat 'uluhiyah'; sifat wajib bagi Allah; sifat az-zat itu sifat 'azali' (tiada permulaan) dan sifat baqa' (tiada akhir) bagi Allah.
4.3.2) sifat Af'al- sifat perbuatan bagi Allah spt 'ar-rozzak', 'al-khaliq' dll.
4.4) dpd sifat Az-zat- sifat 20 di anggap cukup lengkap; Allah memiliki segala sifat kesempurnaan; Maha suci Allah dpd segala sifat kekurangan.
4.5) Sifat 20 dapat membentengi aqidah sesaorang dpd fahaman yg mengelirukan tentang Allah seperti :-
4.5.1) kata golongan 'muhassamah'- Allah bertempat di 'arash' maka ditolak dgn sifat 'salbiyah' yg wajib bagi Allah iaitu 'qiaamuhuu binafsih' (berdiri Allah dgn sendiriNya).
4.5.2) kata golongan 'mushabihah'- Allah mempunyai anggota spt tangan muka kaki dll maka ditolak dgn sifat wajib bagi Allah iaitu 'mukhalafatuhuu lilkhawadis' (bersalahan dgn yg baru).
5) Firman Allah surah Az-zumar/11-14 bermaksud: "katakanlah lagi (wahai Muhammad) sesungguhnya aku diperintahkn supaya menyembah Allah dgn mengikhlaskan segala ibadat kpdNya dan aku diperintahkn supaya menjadi orng yg awal pertama berserah diri bulat2 (kpd Allah)........................................................ Allah jua lah yg aku sembah dgn mengikhlaskn amalan agama ku kepadaNya".
باراك الله لي ولكم ...
No comments:
Post a Comment