Thursday, 19 July 2018

BERSALAMAN DENGAN AJNABI DOSA BESAR

Bersalaman Dengan Ajnabi Dosa Besar
-------------------------------------------------------------


- Risalah kecil ini ditulis oleh Allamah al Muhadith an Naqid al Usuli Sayyid Abdul Aziz al Ghumari ( dari keluarga Ghumari yang terkenal )

- Ia ditulis untuk menjawab persoalan : adakah harus bersalaman dengan wanita ajnabiah di sisi syara’ ? Kerana wujudnya ahli ilmu di Fas ( salah satu nama bandar di Morocco ) menyangka bahawa bersalaman dengan ajnabi merupakan suatu keharusan dan tidak berdosa. Dan menyangka dalil إني لا أصافح النساء  hanya khusus untuk Saidina Rasulullah. Ini adalah perkataan orang yang jahil akan syariat Islam.

- Ketahuilah wahai Saudara seagamaku, bahawasanya bersalaman dengan ajnabi merupakan suatu kesalahan dan dosa besar. Syariat mencela orang yang mengharuskan perbuatan munkar ini.

- Dan ini juga pengharaman ini merupakan salah satu natijah dari  kaedah  سد الذرائع   yang dipelopori Mazhab Maliki. Bahkan berkata al Qorafi , kaedah ini bukan hanya berlegar dalam Mazhab Maliki bahkan mazhab selainnya juga. Antara contoh gambaran yang boleh digunakan dalam kaedah سد الذرائع  ialah HARAM berduan lelaki dan wanita walau dengan tujuan mempelajari al Quran, bermusafir untuk menunaikan haji dan bermusafir ( teman ) untuk menziarahi ibu bapa si wanita. Antara contoh lain ialah Allah memerintahkan hamba-Nya untuk menundukkan pandangan walaupun perkara yang ingin dilihat itu hasil  kecantikan dan keelokan ciptaan Allah. Terhasil 99 natijah dari kaedah سد الذرائع  kata al Qorafi.

- Oleh sebab itu ketahuilah bahawasanya bersalaman dengan ajnabi merupakan wasilah untuk jatuh ke lembah perzinaan. Bahkan ia diklasifikasikan dalam bahagian dosa-dosa besar kerana diikuti dengan pembalasan dan kemurkaan dari Allah Ta’ala.

-       Al Faqih Ibnu Hajar al Haithami menyebutkan dalam kitabnya الزواجر عن اقتراف الكبائر   bahawa bersalaman dengan ajnabi merupakan antara dosa besar.

-      Berkata pula al Hafiz az Zahabi dalam kitabnya al Kabair, barang siapa yang meletakan ( menyentuh ) tangannya ke atas ajnabi maka dia akan dibelenggu tangannya dan diletakkan ke atas tengkuknya dan sekiranya dia menciumnya maka kedua bibirnya akan dipotong dengan api neraka.

-       Muhammad bin Nasr as Samarqondi pula dalam kitab tafsirnya at Tanbih ketika menafsirkan firman Allah yang berbunyi (( ولا تقربوا الفواحش ما ظهر منها وما بطن )) Beliau berkata :  ظهر ialah zina.  Manakala بطن  ialah mencium, memegang. Dan sentuhan ke atas ajnabi semuanya zina. Seperti yang termaktub dalam Hadis, kedua tangan berzina, kedua biji mata berzina.

- Bersalaman dengan wanita lagi berat dosanya berbanding melihat kerana boleh jadi penglihatan itu tidak disengajakan pada kali pertama, adapun bersalaman itu berlaku dengan kerelaan dan sengaja.

- Muhammad bin Mehran berkata, Imam Ahmad ditanya tentang hukum seorang lelaki bersalaman dengan ajnabiyah. Maka Imam Ahmad menolak dengan sekeras-kerasnya walaupun bersalaman dengan melapikkan tangan dengan pakaian.

- حديث معقل بن يسار رضي الله عنه مرفوعا لأن يطعن في رأس أحدكم بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له . Mafhumnya, “ Sekiranya kepala salah seorang daripadfa kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (( hadis ini dikeluarkan oleh at Tabarani dalam al Kabir dan rijal sanadnya sohih kata al Hafiz al Haisami dalam مجمع الزوائد ومنبع الفوائد )) manakala al Baihaqi  pula mengeluarkannya dalam as Sya'b. Untuk takhrij boleh rujuk kitab asal.


- Imam an Nawawi pula menyebutkan dalam kitabnya Syarah ke atas Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadis Abu Hurairah : Anak Adam mempunyai bahagian dalam zina. Antaranya ialah yang hakiki iaitu berzina, bertemu dua kemaluan. Dan ada pula yang majaz seperti melihat yang haram, berkhayal, atau menyentuh dengan tangan seperti menyentuh wanita ajnabiah  dengan tangannya atau menciumnya ……. Semua ini bentuk dari zina majazi.

- Dalam Syarah yang sama juga an Nawawi menyebut Saidina Rasulullah tidak pernah sekalipun menyentuh tangan wanita ajnabiah melainkan wanita yang halal ke atas Saidina Rasulullah. Adapun bai’ah untuk perempuan dilakukan dengan suara yakni ijab dan qabul bukannya sentuhan tangan. Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani dan Abu Bakar ibn al ‘Arabi dalam syarahnya bersependapat dengan an Nawawi.

- Di sisi yang lain pula,  jumhur ulama’ mengatakan melihat amrodh dengan syahwat hukumnya haram. Apatah lagi menyentuh perempuan yang tabi’at lelaki biasa cenderung kepadanya, bahkan wanita fitnah bagi lelaki, sehingga syaitan menjadikan wanita salah satu senjatanya untuk menggoda ummat Muhammadi, maka keluarlah kata kata yang mengharuskan bersalaman dengan ajnabi.

- Zaman moden ini kita melihat ramai perempuan yang terlibat dengan urusan2 kerajaan, perniagaan, perkilangan dan lain2, dan bersalaman antara ajnabi merupakan perkara biasa, sehingga sama sahaja yang alim mahupun yang jahil. Bahkan mereka tanpa segan silu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ajnabi. Ini perkara munkar dan ikutan orang kafir.

- Maka yang membaca ringkasan ini, segeralah meminta ampun dan jangan diulangi lagi dosa ini. Kerana bersalaman antara ajnabi merupakan antara dosa besar yang dilarang dalam Syariat.

• Antara masalah yang berkaitan dalam kitab ini ialah hukum perjalanan wanita di tengah kesibukan, hukum melihat wanita ajnabi dan amrad, mengucapkan salam kepada wanita ajnabi, permasalahan kalimah المس ada yang menyangka ia bersetubuh lalu dibatalkan oleh penulis dengan hujah2 yang kuat. Jika berkelapangan insyaAllah saya cuba terjemahkan 1 buku.

No comments:

Post a Comment