MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
Mengutip derma untuk tujuan kebaikan seperti membantu mangsa perang, pelarian, setinggan dan sebagainya adalah satu niat yang sangat baik. Namun, kaedah mengutip derma itu juga haruslah dilaksanakan dengan cara yang tidak mengundang kemurkaan Allah SWT.
Bersedekah itu perkara berpahala. Menganjurkan majlis yang mengandungi maksiat pula adalah perkara dosa. Janganlah dicampur-adukkan yang haq dengan yang batil semata-mata untuk menghalalkan sesuatu yang sememangnya jijik di sisi agama. Jangan cuba untuk men'cantik'kan maksiat di mata manusia, semata-mata untuk memuaskan kehendak nafsu dan hobi sendiri.
Jika ada pihak yang telahpun berjanji untuk menganjurkan suatu majlis yang boleh mendatangkan mudarat kepada umat Islam apabila tercapainya sesuatu hajat, maka tidaklah wajib untuk dia menunaikan janji tersebut. Mudarat terhadap umat Islam ini bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga spiritual dan rohani. Kesannya terhadap generasi akan datang juga harus diambil kira.
Pendek kata, najis tidak akan bertukar menjadi suci hanya kerana ia dibalut dengan pembungkus yang diperbuat daripada emas.
Hendak menggembirakan manusia, jangan sampai mengundang kemurkaan Allah. Sama-sama muhasabah.
No comments:
Post a Comment