Saturday, 21 July 2018

SOLAT YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA KHUTBAH JUMAAT

Assalam

Nk tanye berkenaan solat sunat selepas azan dan semasa khutbah jumaat

Adakah ia mmg disunatkan iaitu sbg qobliah jumaat?

Jawapan kami;

Perincian berkaitan hukum melaksanakan solat ketika khatib sedang berkhutbah boleh dirujuk dalam jawapan kami di link berikut;

https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/42

Sehubungan itu, dua rakaat solat sunat yang diharuskan untuk dilakukan oleh individu yang masuk ke dalam masjid semasa khatib sedang berkhutbah adalah merujuk kepada solat tahiyyatul masjid atau solat qabliah Jumaat sahaja. Justeru, tidak harus baginya melaksanakan apa-apa solat selain daripada 2 rakaat solat tahiyyatul masjid atau solat qabliah Jumaat. 

Namun, adalah lebih utama bagi seseorang yang masih belum melaksanakan solat qabliah Jumaat untuk meniatkan 2 rakaat solat tersebut sebagai solat qabliah Jumaat beserta solat tahiyyatul masjid. Hal ini adalah bagi menghasilkan pahala kedua-dua solat tersebut berdasarkan apa yang telah disepakati oleh Syeikh Ibn Hajar dan Syeikh al-Ramli. 

Adapun, jika solat Jumaat tersebut dilaksanakan di dalam tempat selain masjid, maka tidak harus bagi individu yang datang semasa khatib sedang berkhutbah untuk melaksanakan apa-apa solat walaupun solat qabliah Jumaat. Hal ini kerana, keharusan untuk melaksanakan solat qabliah Jumaat tersebut adalah disebabkan ia mengikut keharusan melaksanakan solat tahiyyatul masjid. Sedangkan solat tahiyyatul masjid hanya harus dilakukan di dalam masjid dan bukan pada selainnya.
اليسع
Wallahu a'lam.

Rujukan

- Busyra al-Karim
- Fath al-'Allam 
- Al-Taqrirat al-Sadidah

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/669SOLAT YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA KHUTBAH JUMAAT

https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/669

No comments:

Post a Comment