💡 Al-Fatihah merupakan SURAH PERTAMA dalam AL Quran.
💡 Merupakan induk bagi Al Quran.
💡 Sangat penting untuk memahami setiap maksud ayat Al Fatihah kerana ianya merupakan surah yang kita baca dalam setiap solat fardhu kita.
💡 Keistimewaan Surah Al Fatihah ianya merupakan surah yang Allah simpan khas untuk Umat Nabi SAW yang tiada dalam kitab² Allah SWT yang lain. (Hadis Sahih)
💡 3 Istimewa Al Fatihah :
1- Merupakan salah satu ayat Ruqyah.
2- Boleh juga dibuat ayat Ruqyah ketika anak tidak sihat.
3- Sampai di ayat "iyya kanaq budu wa iyya kanasta'in" niatkan apa yang kita inginkan.
💡 Berusahalah untuk mentadabbur Surah Al Fatihah supaya :
- Untuk membolehkn kita hayati setiap ayat ketika membacanya dalam solat.
- Membolehkan kita lebih khusyuk dalam solat.
- Memahami Surah Al Fatihah dianggap telah memahami sebahagian dari Al Quran. MashaAllah.
💡[1] Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
💡[2] Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
💡[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
💡[4] Pemilik hari pembalasan.
💡[5] Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
💡[6] Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
💡[7] (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
No comments:
Post a Comment