بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
Intisari Khutbah Jumaat JDT
Tarikh: 24 Ogos 2018
12 Zulhijjah 1439
Tajuk : Qadha' Dan Qadar Allah
1) Firman Allah surah Al-a'la/1-3 bermaksud: "Bertasbihlah mensucikan nama Tuhan mu yg maha tinggi (dpd segala sifat2 kekurangan), Tuhan yg telah menciptakn (sekelian makhluknya) serta menyempurnakn kejadiannya dgn kelengkapan yg sesuai dpd keadaannya..................................".
2) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Seorang hamba itu sekali2 tidak beriman sehingga dia beriman tentang 4 perkara iaitu beriman kpd Allah, beriman sesungguhnya Allah mengutuskn dgn kebenaran, beriman ada hari kebangkitan selepas kematian dn beriman dgn qadar ketentuan Allah samada baik dan buruk". (HR: Ahmad)
3) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Wahai anak, .....................Jagalah Allah nescaya Ia akn menjaga mu, jagalah Allah nescaya engkau akn menemuiNya di hadapan mu, bila engkau meminta, mintalah kpd Allah.............................................".
(HR: Imam At-tirmizi)
4) Qadha' ada dua :-
4.1) Qadha' Muallaq- sesuatu yg telah ditentukn oleh Allah tetapi boleh berubah dgn sbb usaha spt kaya atau miskin, pandai atau dungu dll.
4.1.1) Firman Allah surah Ar-ra'du/11 bermaksud: "Bagi tiap2 seorang ada Malaikat penjaganya yg silih berganti dpd hadapannya dan dpd belakangnya, yg mengawas dn menjaganya (dpd sesuatu bahaya) dgn sbb perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yg ada pd sesuatu kaum sehingga mreka mengubah apa yg ada pd diri mreka sendiri ...........................................".
4.1.2) Galakn kpd umat islam- banyak berusaha; jauh dpd putus asa; jauhi sifat2 mengharap spt tidak perlu berusaha kerana semua telah ditetapkn dlm luh mahfuz; Kita duduk shj nnti rezeki Allah datang dll.
4.2) Qadha' Mubram- Sesuatu yg telah ditentukn tetapi tidak akn berubah contoh: kematian.
4.2.1) Firman Allah surah Al-a'raf/34 bermaksud: "Dan bagi tiap2 umat ada tempoh (yg telah ditetapkn), maka apabila datang tempohnya, tidaklah dapat mreka di kemudiankn walaupum sesaat pun dn tidak pula dapat mreka di dahulkan".
5) Hikmah beriman kpd Qadha' dan Qadar Allah :-
5.1) Ada perasaan syukur- atas segala nikmat kurnia Allah; samada sedikit atau banyak wajib di syukuri;
5.2) Ada sifat rajin berusaha- jauh dpd sifat putus asa; bekerja dgn mencari keridhoan Allah; tangan yg memberi lbih mulia dpd tangan yg meminta.
5.3) Melatih sifat sabar- dgn segala ketetapan Allah; segala usaha di sertai tawakkal kpd Allah; pergantungan hidup hamba dgn Allah.
6) Menjalani kehidupan sementara di dunia- ingat mengingati; yg lalai yg lupa ditegur; yg jahil diberi pengetahuan; segala Ilmu milik Allah; baik dn buruk adalah ketentuan Allah.
7) Firman Allah surah Al-hijr/21 bermaksud: "Dan tidak ada sesuatu pun melainkn pd sisi Kami shj perbendaharaannya dn Kami tidak menurunknnya melainkn dgn menurut qadar dn masa yg tertentu".
بارك الله لي ولكم ...
No comments:
Post a Comment