Wednesday, 3 October 2018
Wanita Cemburu Sampai Ke Mati
Gambar Sebagai Hiasan
Seorang wanita sedang nazak di katilnya. Dalam saat-saat akhir itu, dia ditemani oleh suaminya. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, sempat wanita itu bertanya kepada suaminya.
"Abang, berapa lamakah abang akan mengahwini wanita lain selepas kematian saya?"
Jawab suaminya, "Terus-terang sayang, abang hanya akan mencari pengganti saya selepas hilang basah kubur sayang."
Beberapa hari kemudian, wanita itu pun meninggal dunia. Hampir setiap hari si suami menziarahi kubur isterinya sehinggalah 15 tahun kemudian. Sepanjang 15 tahun itu, si suami mendapati kubur isterinya sentiasa basah dan tanahnya tetap merah.
Suatu petang ketika dia menziarahi kubur isterinya itu, dia bertemu dengan adik iparnya di kubur yang sedang membawa timba kosong.
"Eh, apa kau buat kat sini?" tanya si suami kepada adik iparnya.
"Saya memenuhi wasiat arwah kakak yang meminta saya datang ke kuburnya setiap hari dan membasahkan kuburnya."
Mendengar jawapan adik iparnya, pengsanlah si suami.
Haaaaa... korang jangan memain dengan wanita. Walaupun dah meninggal, cemburu tetap tebal...😫😩😜🙄☝😇😇😅😅😭😭😭
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment