Monday, 5 November 2018
Harapan Sentiasa Ada
Sebak dengar kisah hadiah Allah setelah susah itu ada rahmat Allah.
Seorang abang jumpa saya. Ustaz, saya dah buat semua usaha. Belajar pun merata nak bagi rezeki melimpah ruah. Iklan pun dah macam-macam. Siang malam fikir dan buat. Saya dah rasa 'give up'. Takut nak cakap. Tapi itulah yang saya rasa sekarang. Keluarga pun jadi masalah. Dengan isteri pun macam-macam masalah..
Doa pun dah berdoa rasanya. Sedekah pun dah rasanya. Saya dah tak larat sangat ustaz..tolonglah saya ustaz. Jumpa ustaz ni pun jalan akhir dah rasa..tolonglah saya..
Masalah abang dah selesai. InsyaAllah..
Macam mana tu ustaz?
Begini seluruh masalah hidup dekat jer jalan selesainya. Dahi kita sujud pada Allah. Ramai orang tahu tapi terlupa dan tak nak berusaha perbaiki dan jaga solat. Jaga solat awal waktu. Azan tunggu solat di surau atau masjid. Sebelum pergi kerja atau nak buat apa-apa walau cuma meeting biasa. Solat 2 rakaat minta pada Allah. Baca Laailaha illa anta subhnaka inni kuntu minazzolimin 300x setiap hari. Baca ayat surah an namlu ayat 62. Lepas tu doa apa sahaja pada Allah..
Kedua selalu belai peluk isteri. Picit kaki mak ayah. Sayangi isteri. Jangan sakitinya. Hargainya. Setelah buat itu baru abang jumpa saya..ceritakan keajaiban doa dan macam mana Allah selesaikan semuanya..
Tak lama abang tu jumpa saya. Dalam 3 bulan lepas tu dah lama tak jumpa..
Ustaz, masalah saya semuanya dah selesai. Lepas saya buat pesanan ustaz. Allah beri rezeki tak sangka-sangka. Dari jalan tak pernah duga. Alhamdulillah Allah beri taklah kaya tapi dapat bantu ramai orang dengan izin Allah..betul-betul Allah bukakan macam-macam nikmatnya..Amalan tu Betul. Benar. Langsung tak salah. Tapi kita malas. Kita suka cari orang. Habiskan duit dan fikiran cari orang. Lupa cari Allah. Dialah Raja kepada semua raja. Dialah pemilik dan pemberi rezeki. Yang jaga segalanya.
Abang tadi menangis. Baiknya Allah..saya yang degil tak mahu cari Allah. Lupa jaga solat awal. Lupa sebelum buat apa-apa ingat Allah minta pada dia. Lupa hargai keluarha..
Betul abang..Allah Maha Baik. Dialah Ar Rahman Ar Rahim.....
-Ustaz ebit lew-
Telegram.me/Kata_Mutiara_Bidadari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment