Sunday 4 November 2018

Kedua-duanya Pasti Datang Tapi Siapakah Yang Menjemput Dahulu




TIDAK SEMUA AKAN BERTEMU JODOH TETAPI SEMUA PASTI AKAN BERTEMU AJAL

Setiap yang hidup pasti akan menghadapi kematian. Allah menyebutkan hal ini dalam banyak ayat-ayat al-Quran.

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ (26) وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ (27(
Semua yang ada di bumi itu akan binasa. (26) Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (27) [Al-Rahman : 26-27]

Al-Imam Ibn Kathir menyatakan:
يخبر تعالى أن جميع أهل الأرض سيذهبون ويموتون أجمعون، وكذلك أهل السموات، إلا من شاء الله، ولا يبقى أحد سوى وجهه الكريم؛ فإن الرب -تعالى وتقدس-لا يموت، بل هو الحي الذي لا يموت أبدا.
Allah menyatakan bahawa kesemua penghuni bumi akan pergi dan mati, begitu juga dengan penghuni langit, melainkan sesiapa yang Allah kehendaki. Tidak akan tertinggal satu pun melainkan wajahNya yang Maha Mulia. Sesungguhnya Tuhan yang Maha Tinggi dan Suci tidak akan mati. Bahkan Dia adalah Maha Hidup yang tidak akan mati selama-lamanya.

Seandainya ada insan yang paling layak untuk terselamat daripada kematian, sudah pasti insan itu adalah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Akan tetapi, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri mati sebagaimana insan-insan yang lain. Firman Allah:

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ
Sesungguhnya engkau akan mati, dan mereka jua akan mati [Az-Zumar : 30]

Al-Imam Ibn Kathir menerangkan:
وقوله: { إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ } هذه الآية من الآيات التي استشهد بها الصديق [رضي الله عنه] (4) عند موت الرسول (5) صلى الله عليه وسلم، حتى تحقق الناس موته، مع قوله: { وَمَا مُحَمَّدٌ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ } [آل عمران :144[
Firmannya: ((Sesungguhnya engkau akan mati, dan mereka akan mati)). Ini merupakan ayat yang diperksaksikan oleh Abu Bakar as-Siddiq radiallahu ‘anhu ketika kewafatan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, sehingga orang ramai pun membenarkan kewafatan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Firman Allah: Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang [murtad]? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. [Ali ‘Imran : 144]
~~~~~~~~~~~~~~~~


 ---

No comments:

Post a Comment