Thursday, 15 November 2018

Orang Yang KUAT Adalah Yang..



ASSALAMUALAIKUM WBT


Orang Yang Kuat Berjaya Menahan Marah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah." (HR Bukhari No: 5649) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mukmin yang kuat lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah.

2. Kekuatan seseorang bukan terletak pada fizikalnya

3. Orang yang kuat adalah yang berjaya mengawal nafsu menahan marah

4. Orang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikiran, hilang pertimbangan, lidahnya akan memaki hamun dan anggotanya mungkin bertindak diluar kawalan.

5. Kekuatan mukmin bukan terletak kepada kemenangan semasa berkelahi tetapi kemampuan menguasai emosi di saat ia sedang marah.

6. Latihlah diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut dan pemaaf. Kawal dan kuasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah.

Berusahalah mengekang hawa nafsu dan mengawal emosi diri ketika berlaku perselisihan agar tidak cepat marah. Jadilah insan yang lambat marah dan jika marah, ia cepat reda.


15hb November 2018
07hb Rabiul Awal 1440
22423
@islamitu_indah
Farah Wahida Ab Rahim

No comments:

Post a Comment