Rasa Bersalah Merosakkan Bendi Masa Nak Beli Di Kedai Atau Pasar?
Ini Penyelesaiannya.
RAMAI orang tanpa rasa bersalah akan mematahkan hujung bendi ketika memilih Bendi Muda. Kesannya merugikan peniaga dan jika peniaga TIDAK REDHO maka berdosa.
Kita berhak memilih yang elok dan terbaik tetapi HARAM merosakkan barangan jualan pihak penjual, kecuali kita dibenarkan @ membayar semua bendi yang kita dah patahkan.
Allahumma ya Affuw banyak kesilapan kita.
Malah ada ketika bila penjual menegur, terus tak mahu beli.
Siapa yang nak beli Bendi yang kita patahkan?
Anda sedar kemarahan dan kekesalan penjual?
Rugi bila pembeli mematahkan hujung bendi dan diletakkan semula.
Maka mari kita belajar cara pilih bendi muda tanpa mematahkan hujungnya.
Lihat saja tangkai bendi dan jika bendi muda, tangkainya tiada lubang. Jika bendi tua, ada lubang.
Moga kita tidak merosakkan hati dan perniagaan orang lain.
Allahumma ya Hafiz ya Muhaimin
No comments:
Post a Comment