Sunday 4 November 2018

Sanjungan Dunia atau Akhirat?



DAKWAH TIDAK SEMESTINYA MEMPUNYAI RAMAI PENGIKUT.

Setiap orang yang mengajak manusia kepada kebaikan dan mengajak mereka menjauhi kejahatan pasti mendambakan manusia untuk mengikuti seruan kepada Allah itu.

Akan tetapi hendaklah kita fahami bahawa hakikat dakwah bukan begitu.

Sesungguhnya tanggungjawab kita menyampaikan sesuatu yang benar dengan cara yang benar dan terbaik yang semampu kita, kemudian kita serahkan hal itu kepada Allah.

Jangan sampai kerana mahu memburu jumlah pengikut yang ramai kita menyampaikan sesuatu yang tidak benar. Jangan sampai kerana mahu mendapat ramai pengikut, kita menyampaikan kebenaran dengan cara yang tidak benar pula.

Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam pernah menceritakan:

عُرِضَتْ عَلَىَّ الأُمَمُ، فَأَخَذَ النَّبِيُّ يَمُرُّ مَعَهُ الأُمَّةُ، وَالنَّبِيُّ يَمُرُّ مَعَهُ النَّفَرُ، وَالنَّبِيُّ يَمُرُّ مَعَهُ الْعَشَرَةُ، وَالنَّبِيُّ يَمُرُّ مَعَهُ الْخَمْسَةُ، وَالنَّبِيُّ يَمُرُّ وَحْدَهُ، فَنَظَرْتُ فَإِذَا سَوَادٌ كَثِيرٌ
Ditunjukkan kepada ku umat manusia. Terdapat seorang nabi yang bersamanya ramai pengikut, terdapat nabi yang bersamanya sekelompok manusia, terdapat nabi yang bersamanya sepuluh orang pengikut, terdapat nabi yang bersamanya lima orang pengikut, dan terdapat nabi yang bersendirian, lalu aku terlihat kepada satu kelompok yang sangat besar... [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, no: 6541].

Sesungguhnya hanya keredhaan Allah yang kita cari.

#MMMR

No comments:

Post a Comment