SEMUANYA DATANG DARI ALLAH
"Jangan bergembira dengan ketaatan kerana dirimu yang melakukannya, maka yang timbul adalah ujub (rasa suci dan soleh) yang mengugurkan pahalanya.
Bergembiralah kerana Allah swt yang menganugerahkan ketaatan dan amal itu kepadamu, maka yang timbul adalah syukur dan berterima kasih.
Ya Allah, ketika keadaan hambamu ini yang banyak dosa ini pun, masih Diri Mu sudi mengundang untuk diri ini yang tidak berdaya untuk berdiri, ruku dan sujud ini ke Hadrat-Mu, terima kasih Ya Allah, Segala Puji bagi Mu Ya Allah, Subhanallah... Alhamdulillah, La hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim...
- Sheikh Ibnu Athaillah as Sakandari dari Kitab al-Hikam.
No comments:
Post a Comment