Wednesday, 7 November 2018

Semuanya Belum Terlambat Selagi Belum Di Tenggorok





USIA YANG BERBAKI

Jangan BERLALU pergi
Daripada Hari Hari merugi
Baik berbuat bakti
Demi negeri Yang abadi

Kerana Allah ILAHI
Kita baca
Kita dengar

Kita fikir
Kita muhasabah

Kita ingat
Kita beramal

Kita buang keburukan
Kita perbuat kebaikan.

Kita kena ingat kita duduk di bawah rencana Allah SWT. Ketentuan itu sudah ditetapkan

Tiada gunanya kita mencari jalan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT

Maulana Saad Al - Kandahlawi berkata

Seekor lebah yang kecil, bila dia fikir untuk hasilkan madu yang akan memberikan kesembuhan dan kebaikan, maka Allah akan berikan dia ilham untuk cari bunga yang cantik, harum dan ada pati madu.

Apa lagi jika seorang manusia yang ada fikir untuk berikan kebaikan kepada orang ramai, Allah juga akan berikan ilham-ilham dan jalan-jalan yang baik-baik kepadanya

Imam Al-Ghazali dalam kitab Kimia As-Sa'adah menyatakan:

"Selama hidup di dunia ini, manusia harus menjalankan dua hal penting, yakni melindungi dan memelihara jiwanya, serta merawat dan mengembangkan jasadnya. .

Jiwa akan terpelihara dengan pengetahuan dan cinta kepada Allah Sebaliknya, jiwa akan hancur jika seseorang terserap dalam kecintaan kepada sesuatu selain Allah"

Amal ibadah hakikatnya hidup berhubung dengan Allah, hidup dengan hati yang khusyuk kepada Allah dan hidup sentiasa merasai kehadiran Allah sehingga sehingga merasai bahawa seluruh hidup ini untuk Allah

Justeru itu marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk mentaatiNya.

Usia kita ini tidak lama,
sekejap sahaja
Menunggu saatnya tiba

Setiap hari kita semua sedang dalam perjalanan menuju untuk bertemu ilahi.

Nyawa kita diumpamakan api pelita yang pada bila bila masa sahaja boleh terpadam

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
kurniakanlah kepada kami qudrat dan iradah dalam amal-amal taqarrub kepada-Mu.


@quotephotovideo

No comments:

Post a Comment