Karkuzari seorang masturat yg syahid semasa khuruj di India cuti sekolah baru2 nii...
.
.
(Nota : Tulisan asal oleh Tn Hj Mohamed Nuh, setelah mendapat persetujuan beliau utk copy paste... Jgn tanya saya lebih2... Ambil iktibarnya, bukan insidennya... Atau boleh bertanya Kak Intan Daud (dari markaz JB), sbb beliau juga khuruj 40h di India dan bertemu dgn almarhumah di sana...)
.
.
Karkuzari diberi malam tadi (28 Dis 2016) semasa mesyuarat markaz Ipoh yang di sampaikan sendiri oleh Hj Afendi Teluk Intan, suami kpd Allahyarhamah yang telah syahid semasa jemaah mereka sdg khuruj masturat di Kanpur, Uttar Pradesh, India pada musim cuti sekolah baru2 ni...
.
Dikhabarkan bhw inilah kali pertama wanita Malaysia yg meninggal dunia semasa khuruj di India. Beliau mengatakan semasa pengurusan jenazah di lakukan:
1. Semasa akhir kematian beliau dapat mengucap kalimah syahadah dgn jelas di bantu oleh Hj Afendi
2. Selama 7 hari jenazah di mandikan, bau wangi dari jenazah tak hilang2. (Maknanya walaupun dah selepas 7 hari, Hj Afendi masih bau wangi yg melekat pada tubuhnya).
3. Sewaktu jenazah hendak di bawa ke kubur, semua jemaah merasakan mereka tidak berjalan di atas tanah dan beliau rasa mereka berjalan di atas udara (Spt dalam hadith... Umpama berjalan di atas sayap2 para malaikat)
4. Semasa jenazah hendak di kebumikan, ketika kain kapan pada bhgian muka jenazah hendak di buka oleh Hj Afendi, beliau lihat muka isterinya lebih muda dari biasa dan sepertimana beliau jumpa isterinya kali pertama dulu.
.
.
Pesanan maulana (masyaikh Nizamuddin) kepada karkun (rakan seusaha) di Malaysia berkaitan jemaah masturat yg syahid di India ini:
1. Maulana kata Allah telah terima pengorbanan semua jemaah masturat di Malaysia
2. Maulana kata Allah telah bina mahligainya (Almarhumah) dari tempat dia lahir sehingga lah tempat dia syahid
3. Maulana minta semua ahlia karkun dan karkun2 yg dengar karkuzari ini, ceritakan kepada semua masturat dan ahlia masing2 tentang karkuzari ini agar semua bersedia utk buat pengorbanan yg sama.
4. Maulana kata semua masturat yg sudah berpengalaman 40h/2bln masturat IPB sudah boleh terus keluar 2 bln negara jauh.
5. Maulana minta Hj Afendi untuk sungguh2 dlm usaha agama supaya melayakkan beliau ke syurga bersama isterinya (kerana Hj Afendi ada berkata semasa mengebumikan jenazah arwah isterinya, dia akan menunggunya di pintu syurga).
.
.
Semasa karkuzari di beri di Markas Ipoh, ramai ahli jemaah yg menangis...Mari kita doakan agar Allah terima roh dan amalan beliau yg besar ini sehingga syahid semasa keluar di jln Allah... Dan moga Allah pilih kita juga utk terus maju dan tambah korban...
Al faatihah... (atas nama Ahlia Haji Affendi pun dah cukup...). Dan moga Allah satukan mereka sekeluarga di Jannatul Firdaus...Aamiin..
.
.
...
No comments:
Post a Comment