Thursday 24 January 2019

Allah menyayangi hamba yg mencintai agamanya


Allah menyayangi hamba yg mencintai agamanya

Sedikit perkongsian karguzari utk kita.
KISAH BENAR

Ada seorang di Pakistan, telah keluar jemaah 6 bulan, tinggalkan isteri dia yg sedang mengandung, bila dia habis 6 bulan, cukup waktu dengan isterinya hendak bersalin.
Bila dia balik markaz ada jemaah di satu tmpat yang jauh dari markaz tu. Disebabkan dia antara orang terpenting dalam markaz, maka maulana di markaz minta dia prgi tgok jemaah tu sebab mereka ada sikit perselisihan faham. Macam nk brgaduh dlm jemaah tu. Dia beritahu Maulana, "saya baru balik dari 6 bulan, isteri saya hendak bersalin ni,"
Maulana jawab " kita tolong agama Allah, Allah pasti bantu kita. semua urusan kita Allah akan selesaikan. Allah tidak berhajat pun dengan pertolongan kita, tapi kita sebagai hamba Allah kita berhajat pada agama Allah."

Akhirnya lelaki tu taat kepada keputusan amir. Dia pun naik keretapi pergi perjalanan 1 hari 1 malam sedangkan kat rumah dia pulak isteri dia sedang sakit untuk beranak. Keluarganya pun hantar pergi ke hospital.Bila sampai hospital, doktor check isteri dia, istri dia tidak dapat beranak normal, kena bedah.
Maka doktor mnta tnda tgn suami, tp diorg beritahu suaminya belum balik lagi, berkilometer jauh dari sini. maka doktor ambil tanggungjawab untuk settlekan. Doktor masukkan isteri itu ke wad kecemasan dan pergi buat urusan surat menyurat.

Lepas setengah jam doktor keluar bilik mesyuarat dan masuk ke wad kecemasan tu doktor tu terbau satu keharuman yang dia tidak pernah bau dalam hidup dia. keadaan bilik sangat tenang. Isteri orang yang keluar jemaah tu pun tenang je. sebelah dia ada seorg bayi, keadaan bayi tu tenang sahaja.
Doktor terkejut,macamana bayi ni boleh lahir? Doktor kata "sepatutnya bayi ni memang dah tak ada jalan lain melainkan dengan cara pembedahan, macamana boleh jadi macam ini."
 Doktor check perempuan tu,memang dah tidak ada bayi dalam perut dia. Doktor kejut perempuan itu. sebab dia sedang tidur.  "Bangun2 cik, macamana cik beranak ni? Tolong beritahu saya. Dah berpuluh tahun saya rawat orang hendak beranak, tidak pernah saya tengok perkara begini."
Perempuan itu dengan tenang menjawab "saya tidak tau. saya tidur je"
"Pelik betul awak ni"
Perempuan tu jawab lagi " Lepas doktor inject saya ,saya ngantok sy tdo smpai sekarang."
Doktor tu tidak puas hati dan paksa juga perempuan itu ingat semula.
Perempuan tu beritahu "Cuma dalam tidur saya ada mimpi sesuatu."
Doktor tanya "mimpi apa? Saya tengah pening ni"
Perempuan tu bercerita
"Saya mimpi saya diziarahi oleh Nabi saw, saidina Abu bakar dan saidina Umar di sebelah kanan katil saya dan di sebelah kiri saya pulak saidina Osman dan saidina Ali ra.hum.mereka datang berdiri depan saya.
Lepas itu saidina Osman beritahu nabi saw," Ya Rasulullah, wanita ni sedang sakit nak beranak. dia tidak boleh beranak normal sebab ada sedikit masalah. suami dia sedang keluar di jalan Allah
Tolong doakan dia semoga mudah segala urusan dia"
Maka Nabi saw pun doa dan diaminkan oleh semua khalifah ra.hum.. itu je saya mimpi.bila saya bangun,saya tengok bayi saya dah lahir dah."
 Doktor terkelu dan terus mengucap, Maha suci Allah.
Kata doktor "Alhamdulillah cik puan beritahu perkara ini. bila perkara tersebar dalam hospital, iman semua org dalam hospital ni pasti akan naik."
Berita ini bila smpai pada pengetahuan markaz, markaz telah telefon jemaah yang berselisih faham tersebut. Markaz beritahu "inilah hasil korban orang yang dalam perjalanan hendak tolong jemaah kamu semua ."
Sedangkan suami perempuan tersebut belum pun sampai kepada jemaah itu lagi, dia orang telah pun istighfar dan minta maaf sesama mereka. Terus hilang gaduh2.
Kerana ziarah Nabi saw, wad wanita itu menjadi wangi.ni lah pertolongan Allah swt. bila kita sayang agama Allah swt, Allah swt akan sayang kita, Allah swt akan bantu kita.
semoga bermanfaat untuk semua.

No comments:

Post a Comment