Sunday 20 January 2019

Fahamilah Surah Ad Dhuha

*​15 Jamadhil Awal 1440H​*
*​21 Januari 2019M​*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم.

*​Fahamilah Surahh Ad-Dhuha....​*

1. Surah ad-Dhuha adalah di antara surah  Makkiyyah dan  surah yang ke 93 mengikut tertib susunan mashaf tetapi ianya adalah surah yag terawal diturunkan oleh Allah. Surah ini menceritakan tentang keistimewaan Rasulullah SAW serta nikmat dan kurniaan yang diberikan oleh Allah keatas Rasulullah SAW didunia dan juga di akhirat.

2. Nabi Muhammad menjalani kehidupannya sebagaI seorang murabbi, mujahid, muallim dan daie. Di permulaan jalan dakwah, Rasulullah menerima pelbagai cubaan dan tentangan dari pihak Musyrikin Mekah. Allah SWT tidak membiarkan Nabi Muhammad dalam keadaan keseorangan dimana wahyu telah datang untuk membela dan mempertahankan baginda serta mengkhabarkan tentang kisah nabi- nabi terdahulu dan juga nikmat nikmat yang dikurniakan oleh Allah keatasnya supaya Rasulullah tabah dalam menghadapi ujian dakwah dan bersyukur diatas nikmat kurniaan Allah.

3. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari dari Jundub bin Abdullah al-Bajalli- Allah meredhainya- berkata, Rasulullah SAW ditimpa kesakitan sehingga tidak bangun satu atau dua malam. Maka telah datang seorang perempuan musyrikin berkata, 'Wahai Muhammad, aku tidak melihat syaitanmu melainkan dia telah meninggalkan kau." Maka Allah pun menurunkan firmannya,

وَالضُّحَى. وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى. مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلى
4. Allah memulakan surah ini dengan sumpahnya keatas dua waktu iaitu dhuha, waktu dimana matahari telah terbit dan cerah serta waktu malam yang sangat gelap, yang menyelubungi seluruh yang wujud di dalam alam ini. Yang mana  siang dan malam iu merupakan tanda tanda kebesaran dan kekuasaan Allah serta kebijaksaannya dalam mengatur mengurus tadbir alam ini. Sekiranya manusia memikirkan dua makhluk Allah ini nescaya bertambah imannya dan yakin dengan keagungan dan kekuassan Allah kerana dengan keteguhan iman di dalam hati akan memanaskan lagi semangat dakwah serta jihad seorang yang beriman.

5. Allah telah mendidik Rasulullah dalam surah ini dengan menanamkan dalam jiwa Rasulullah satu keyakinan bahawa Allah tidak membiarkan apatah lagi meninggalkan baginda keseorangan dalam menjalankan tugas dakwah dan tidak sesekali Allah pernah murka kepada Rasulullah. Keyakinan yang teguh ini jelas kelihatan pada hari hijrah Rasul bersama Abu Bakr ketika Abu Bakar dalam keadaan ketakutan dan keresahan lalu Rasulullah berkata,
لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat 40

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

6. Dan di antara tarbiah yang terkandung dalam surah ini adalah aspek kezuhudan yang perlu ada dalam jiwa seorang pendakwah di mana akhirat perlu diutamakan dariapada dunia kerana nikmat akhirat itu sesuatu yang berkekalan adapun nikmat dunia adalah nikmat yang bersifat sementara dan ujian semata mata kerana kehidupan kita di dunia ini ibarat  seorang yang menunggang kenderaan lalu dia berteduh di bawah sepohon pokok dan selepas itu dia akan pergi meninggalkannya. Dengan itu, baginda pernah berdoa dengan doa yang sangat indah,

اللهم لا عيش إلا عيش اللأخرة
"Wahai Tuhanku, tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat."

7. Dan Allah berjanji kepada Rasulnya dalam surah ini akan menberikan dan menganugerahkan kepada Nabi SAW nikmat dan ganjaran yang besar di dunia dan di akhirat. Adapun nikmat di dunia  dengan kemenangan Islam dan tersebarnya Islam di seluruh pelosok bumi dan di akhirat pula ganjaran pahala, hauth (telaga kauthar) dan juga syafaat untuk umatnya sehingga Nabi Muhammad menjadi puas diatas segala nikmat dan kurniaan  Allah itu.

8. Dan Allah menyebut tiga nikmat yang telah dikurniakan  keatas Nabi Muhammad SAW:-
Rasulullah dilahirkan dalam keadaan yatim lalu Allah memberikan perlindungan ketas Rasulullah SAW dengan bergilir ganti orang yang mendidik dan membesarkan Rasulullah SAW ;

Dan di dalam keadaan Nabi kebingungan, tinggal di tengah-tengah masyarakat yang jahil dan syirik, Allah memberikan petunjuk kepada Nabi untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus.Dimana sebelum ini Rasulullah tidak mengetahui apa itu Al Kitab dan Iman sebagai firman Allah dalam Surah As-Syura, ayat 52

وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

Dan di dalam keadaan Nabi berada dalam serba kekurangan dan kefakiran lalu Allah menyempurnakan kehidupan Nabi dengan memberikan kepada Nabi kekayaan harta dengan hasil perniagaan dan kekayaan jiwa sebagaimana yang disebut dalam hadith Rasulullah SAW:
ليس الغني عن كثرة العرض ولكن الغني غنى النفس
"bukanlah kekayaan itu kekayaan harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa".(Hadith Riwayat Muslim)

9. Dan diakhir surah ini Allah memerintahkan kepada Nabi dengan beberapa arahan:-
Bersifat rahmat dan kasih sayang sesama manusia ;
Ini adalah sifat yang perlu ada pada setiap pendakwah kerana pendakwah itu orang yang membawa rahmat bukan pelaknat. Insan yang sangat perlu kepada rahmat dan kasih sayang itu adalah anak-anak yatim yang berada dalam keadaan serba kekurangan.

Bersikap lemah lembut terhadap orang yang meminta ; dan
Sama ada yang meminta harta keduniaan atau meminta ilmu dan petunjuk agama.

Allah meminta kepada Nabi muhammad untuk menyebut nyebut nikmat yang dikurniakan Alllah keatasnya iaitu nikmat nubuwwah dan Quran.

10. Di antara nilai maqasid syariah yang dipertekankan dalam surah ini ialah aspek keimanan dengan hari akhirat dan juga memelihara hak orang yang lemah dan memerlukan.

Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan fahamilah akan maksud surah ini serta hayatilah dan ambillah akan iktibarnya demi untuk kepentingan kehidupan yang sementara ini...barakallahuminalakum
Terima kasih saudaraku yang beriman lagi dimuliakan untuk penghasilan santapan jiwa ini.....
PadaMu Ya Rabb aku meminta seperti yang dipinta oleh KekasihMu....
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِن كُمْ
كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

ُبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya اَللّهُ , Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..! Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar....

اللهم بعلمك الغيب ، وقدرتك على الخلق ، أحيني ما علمت الحياة خيرا لي ،
وتوفني إذا علمت الوفاة خيرا لي ،
اللهم إنّي أسألك خشيتك في الغيب والشهادة ،
وأسألك كلمة الحق في الرضا والغضب ،
وأسألك القصد في الفقر والغنى
وأسألك نعيما لا ينفد ،
وأسألك قرة عين لا تنقطع ،
وأسألك الرضاء بعد القضاء ،
وأسألك برد العيش بعد الموت ،
وأسألك لذة النظر إلى وجهك ،
والشوق إلى لقائك ، في غير ضراء مضرة  ولا فتنة مضلة ، اللهم زينا بزينة الإيمان 
واجعلنا هداة مهتدين
(الحديث أخرجه الإمام أحمد والنسائي وابن خزيمة وابن حبان وغيرهم )

Ya Allah, dengan adanya Engkau mengetahui yang ghaib dan dengan kekuasaanMu untuk menciptakan makhluk: Perpanjanglah hidupku bila Engkau mengetahui bahwa kehidupan selanjutnya lebih baik bagiku...
Matikanlah aku dengan segera, bila Engkau mengetahui bahwa kematian lebih baik bagiku...
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu agar aku takut kepada-Mu dalam keadaan sembunyi (sepi) atau ketika ramai...
Aku memohon kepada Mu agar dapat berpegang dengan kalimat haq di waktu rela atau marah...
Aku memohon kepada Mu agar aku mampu melaksanakan kesederhanaan dalam keadaan fakir ataupun kaya...
Aku memohon kepada Mu agar diberikan nikmat yang tidak habis...
Aku memohon kepada Mu agar diberikan ketenangan yang tidak putus...
Aku memohon kepada Mu agar aku dapat rela setelah qadha Mu (turun kepada kehidupanku)...
Aku memohon kepada Mu kehidupan yang menyenangkan setelah aku meninggal dunia...
Aku memohon kepada Mu agar aku dapat menikmati memandang wajah Mu (di syurga), rindu bertemu dengan Mu tanpa penderitaan yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan...
Ya Allah, hiasilah kami dengan keimanan dan jadikanlah kami sebagai penunjuk jalan (lurus) yang memperoleh bimbingan dari Mu.

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ و أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepadaMu sekuat mampuku.Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau yang Maha Pengampun lagi Maha Bijaksana.....

اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةًفِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةَقَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ،اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ

Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...!  Ampunkanlah dosa-dosa kami.... dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.......
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya...!
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin".

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ,
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَىءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم,َ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
 أٰمِيْنَ ...أٰمِيْنَ ...يَارَبَّ العَـــالَمِيْن.
جزك الله خيرا كثيرا.
وَعَلَيْكُمْ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

No comments:

Post a Comment