Monday 21 January 2019

Kehancuran Yang Sia-Sia


ASSALAMUALAIKUM

TAZKIRAH.. PERINGATAN BUAT DIRI

Firman Allah yg bermaksud :
Tidakkah engkau (Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap pasukan bergajah?
Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia2?
Dan Dia mengirimkan kpd mereka burung yg berbondong2
Yg melempari mereka dgn batu dari tanah liat yg dibakar
Sehingga mereka dijadikan Nya spt daun2 yg dimakan ulat
(Al Fil ayat 1--5)

Dlm surah ini Allah swt telah membuat kiasan tentang golongan yg dihancurkan oleh Allah. Mereka mendapat kehancuran yg sgt teruk sehingga diumpamakan spt daun2 yg dimakan oleh ulat. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan daun yg dimakan oleh ulat. Sudah tentu daun tersebut berlubang serta rosak sehingga kadang2 ianya menjadi hancur. Maka begitulah perumpamaan yg Allah swt kiaskan kpd manusia sebagaimana Allah swt hancurkan tentera2 bergajah yg dipimpin oleh Abrahah.

Abrahah merupakan gabenor Yaman yg mempunyai hasad dengki terhadap Mekah yg aman dan makmur serta dikunjungi oleh para2 peniaga dari segenap pelusuk utk menjalankan aktiviti perniagaan serta melaksanakan ibadah haji.

Kedengkian Abrahah terhadap kepesatan Mekah telah menyebabkan dia membina Kaabah baru diYaman dan diberi nama Qullais dgn harapan agar penduduk disemenanjung Arab akan beralih keYaman serta tidak lagi mengunjungi Mekah. Namun hasratnya itu tidak kesampaian. Maka jalan terakhirnya adalah menyerang serta meruntuhkan Kaabah yg ada diMekah. Peristiwa ini berlaku pada tahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Justeru itu kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad saw juga dikenali sebagai tahun gajah.

Abrahah sendiri yg mengetahui pasukannya utk menyerang Mekah. Apabila mereka hampir sampai keKaabah tiba2 dtg sekumpulan burung (Ababil) membawa batu lalu menjatuhkannya terhadap tentera2 bergajah pimpinan Abrahah. Maka kebanyakkan mereka hancur musnah spt mana daun2 yg dimakan ulat dan yg selebihnya mendapat penyakit cacar

JUSTERU ITU AMBILLAH PENGAJARAN DRP KISAH INI KERANA ORG2 YG MENENTANG ALLAH TIDAK AKAN MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN BAHKAN AKAN MENDAPAT AZAB YG SGT KERAS....
KETAHUILAH BAHAWA ALLAH TIDAK RUGI SEDIKITPUN SEKIRANYA HAMBA2 NYA ITU MELAKUKAN KEMAKSIATAN KPD NYA....

RENUNG2KANLAH
@islamitu_indah
Farah Wahida Ab Rahim

No comments:

Post a Comment