Monday 21 January 2019

Yang Mati Mengharapkan Hidup, Yang Hidup Mensia-siakan Waktu



SI MATI MERAYU: IZINKAN KU PULANG

Allah berfirman dalam surah al-Mukminun, ayat 99-100: حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100) [Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu], hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku [ke dunia] (99) agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan (100) Kata Al-Imam Ibn Kathir: يخبر تعالى عن حال المحتضر عند الموت، من الكافرين أو المفرطين في أمر الله تعالى، وقيلهم عند ذلك، وسؤالهم الرجعة إلى الدنيا، ليصلح ما كان أفسده في مدة حياته Allah menceritakan tentang kehadiran orang yang menghadapi maut, daripada golongan kafir dan yang lalai daripada perintah Allah. Kata-kata mereka ketika itu dan permintaan mereka untuk kembali ke dunia untuk memperbaiki apa yang telah mereka rosakkan semasa hidup. Sesungguhnya taubat ketika itu adalah taubat yang sia-sia, dan tidak akan diterima Allah. FirmanNya lagi: وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (18( Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan [yang] hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, [barulah] dia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang" Dan tidak [pula diterima taubat] orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan seksa yang pedih. [An-Nisa’ : 18] Shaikh Abdul Rahman as-Sa’di menghuraikan ayat ini: وذلك أن التوبة في هذه الحال توبة اضطرار لا تنفع صاحبها، إنما تنفع توبة الاختيار Ini kerana taubat dalam keadaan ini merupakan taubat dalam keadaan terpaksa, maka ia tidak memberi manfaat kepada pelakunya. Sesungguhnya hanya taubat yang dilakukan dalam keadaan mempunyai pilihan itulah yang bermanfaat. #alkahficenter


No comments:

Post a Comment