ASSALAMUALAIKUM
TAZKIRAH... PELIHARALAH PERPADUAN UMMAH
Perpaduan merupakan keutamaan dlm kehidupan Islam. Tanpa perpaduan blh membawa kpd kehancuran dan musibah yg sgt besar bagi umat Islam.
Dlm khutbah terakhir Rasulullah saw (khutbah Wida) baginda turut menyentuh tentang perpaduan. Antara isi kandungan khutbah terakhir baginda berkata ;
Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi org Arab keatas org yg bkn Arab. Dan tiada juga kelebihan bagi org bkn Arab keatas org Arab. Org yg berkulit hitam juga tidak ada kelebihan keatas org yg berkulit kemerahan dan begitu juga sebaliknya kecuali dgn taqwa. Sesungguhnya yg paling mulia dikalangan kamu disisi Allah adalah yg paling bertaqwa.
Dlm khutbah yg agung ini Rasulullah saw berpesan agar umat Islam menjaga perpaduan kerana tanpanya akan menyebabkan umat Islam menjadi kucar kacir. Namun begitu pada hari ini pesanan Rasulullah saw telah tidak diambil peduli oleh umat Islam. Natijahnya kita dpt lihat bagaimana kita umat Islam diperkotak katikkan oleh musuh2 Islam. Amat menyedihkan bila melihat org bkn Islam menghina junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. MENGAPA TERJADINYA DEMIKIAN RUPA?
Jawapannya mudah. Ini kerana kita umat Islam tidak mempunyai ketaqwaan dan ketelusan jiwa dlm diri kita. Cuba renung ayat alQuran ayat 102 hingga 107 dlm surah Ali Imran. Dlm ayat ini Allah swt telah memberitahu kpd kita bahawa asas perpaduan itu mestilah bermula dgn sifat taqwa dan ketelusan jiwa. Keutamaan inilah yg menyebabkan Islam dizaman permulaannya kuat dan utuh. Kerana itu Islam pada permulaannya sgt berjaya. Namun diakhir zaman ini kita lihat bagaimana Islam dipandang hina oleh penganut agama lain. Ini disebabkan perpaduan kita yg rapuh yg disebabkan oleh sikap kita yg terlalu leka dlm permainan dunia. Dlm hal ini Imam al Ghazali menyatakan bahawa antara penyebab kehancuran perpaduan ummah ini ialah namimah (mengadu domba), ghibah, istihza, memburukkan org lain, fahsh, bermusuhan antara satu sama lain dan bergembira apabila org lain jatuh.
Apabila kita renungkan kata2 Imam al Ghazali ini memang ianya terjadi disekeliling kita pada hari ini. Justeru itu ambillah pengajaran drp apa yg terjadi dan kembalilah kpd Islam agar kita tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh2 kita
Firman Allah yg bermaksud ;
Sebenarnya org2 yg beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yg bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kpd Allah supaya kamu beroleh rahmat
(Al Hujuraat ayat 10)
RENUNG2KANLAH
@islamitu_indah
Farah Wahida Ab Rahim
No comments:
Post a Comment