Bismillahir Rahmanir Rahiim...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈
"Kalam Ilahi Buat Azimat Diri..."
Allah menyediakan dalam Al-Quran sekian banyak firman-Nya yang boleh kita jadikan sebagai pengubat hati. Allah mengisyaratkan:
"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada (al-Quran) peringatan daripada Tyhan kamu, penawar bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dada kamu dan petunjuk serta rahmat bagi orang beriman." (Yunus 10:57)
Alangkah baiknya jika ayat ayat Allah mengingatkan diri setiap masa. Tatkala bersedih ayat sekian datang memujuk. Tatkala gembira, ayat sekian pula hadir mengingatkan.
Biarlah mungkin kita tidak lagi berkesempatan untuk menghafal seluruh kalamullah. Begitupun, sayang bukan kalau dua tiga ayat Ini juga tidak kita hafal dan amal?
Berikut beberapa firman Allah yang boleh kita jadikan sebagai dialog "self talk.." :
"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.. (Ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.." [Surah Al-Inshirah 94 : 5-6]
"Setiap diri akan merasai mati. Kami pasti menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan. Kepada Kamilah kamu semua akan dikebumikan." [Surah Al-Anbiya' 21 : 35]
"Janganlah kamu berduka, sesungguhnya Allah bersama kita." [Surah At-Taubah 9 : 40]
"Kamu telah dilalaikan oleh sikap mengumpul-ngumpul. Sehinggalah kamu masuk kubur." [Al-Takathur 102 : 1-2] *ingatkan diri apabila berkehendakkan sesuatu yang sudah ada...
"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki dan menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar) bergembira dengan kehidupan dunia, sedangkan kehudupan dunia berbanding akhirat hanyalah keseronokan kecil sahaja." [Al-Ra'd 13: 26]
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman' sedang mereka belum diuji?" [Al-Ankabut 29: 2]
"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan." [Surah Hud 11: 115]
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman, Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." [Surah Al-Baqarah 2: 153]
"Adakah kamu menyangka akan masuk Syurga padahal belum Allah ketahui sesiapa yang berjuang antara kamu, dan siapa yang sabar? [Surah Ali-'Imran 3: 142]
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [Surah Al-Baqarah 2: 216]
"Jika kamu tidak menyukai mereka, (ingat) maka boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedang Allah menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak. [Sura An-Nisa' 4: 19] *Khususnya dalam menghadapi karenah pasangan.
Sumber: Isu 71, Solusi, m/s 21.
•══◎◎♡◎◎══•
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
سبحان الله الحمد لله:لا اله إلا الله الله اكبر
No comments:
Post a Comment