*Mengapa Istighfar selepas salam ?*
Ketika kita melaksanakan solat, banyak kekurangan dan kesalahan. Inilah yang menjadi alasan terbesar, mengapa kita memohon ampun pada Allah seusai solat. Selepas takbir je, macam macam perkara datang ke benak ingatan.
Dari Tsauban ru:
“Rasulullah saw ketika selesai solat, membaca istighfar 3 kali”
Hadirkan perasaan bersalah itu ketika membaca istighfar setelah solat. Kerdilnya kita. Moga ucapan istighfar ketika itu lebih berarti. Malah, saya pernah ada imam yang menjadikan
Doa Sayyidul Istighfar (Allahumma anta robbii) sebagai wirid...
*Membaca ayatul kursi selesai solat*
*MEMBACA AYAT KURSI SELEPAS SOLAT*
Hadis Imam anNasaie:
Dari Abu Umamah alBahiliy ru, Rasulullah saw bersabda:
”Sesiapa yang membaca ayat Kursiy selepas solat fardhu, maka tiada apa yang menghalangnya daripada syurga kecuali kematian”
Ia bermaksud bahawa amalan ini akan memudah kan masuk syurga selepas mati. Dan, kita, Tak nak kah kita? Moga istiqomah.
*KEHEBATAN ZIKIR*
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar..
Kelebihan zikir Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar bila diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya terhapuslah dosa seperti gugurnya daun dari pohon , Kalimah paling disukai oleh Allah SWT, kalimat yang ditanam di Syurga..
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berkata : “Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Muslim)
cukup dulu ulangkaji hari ini untuk saya ingat semula...
*AKHIRUL KALAM*
Semoga, setiap kali selesai memberi salam, jangan ubah tempat duduk atau terus bangun dan berjalan keluar. Sebaliknya, berada pada posisi itu buat seketika untuk mengamalkan sunah sunah nabi saw kerana semuanya ada kebaikan untuk kita dunia dan akhirat. Paling tidak, Niatkan baca itu kerana mengikut sunah Nabi SAW.
Semoga, ia akan menjadi ”added value” kepada amalan dan ibadat kita disebabkan kita lakukan kerana ilmu.. bukan adat!
Semoga, kita semua diberi keberkatan dan kemanisan dalam mengamalkannya!
Wallahua'lam
Wasaalam
No comments:
Post a Comment