gambar sekadar hiasan
...terselit diari jumaat: penuh syahdu..
Assalamu’alaikum ...
Salam sabtu..
Sabtu hadir lagi selepas sebuah jumaat yang baik. Alhamdulillah..
Sebaik mungkin kita kena berusaha seimbangkan antara dunia dan akhirat. Semalam, bersolat jumaat di Masjid ArRahimah Gombak, terasa menusuk ke kalbu disitu, setiba dimasjid seawal azan di alunkan, ketika berwudhu terasa akan “ihsan” disitu. Seusai solat tahiyatul masjid, khusuk mendengar khutbah yang bersekitar tentang kita selaku manusia akan diuji, yang kaya diuji dengan kekayaannya dan yang miskin susah akan di uji atas kemiskinan dan kesusuhannya. Paksi khutbah semalam ada pada ayat 155 surah al baqarah, ayat 38 surah al anfal dan kesimpulannya pada ayat 2 dan 3 surah al ankabut. Sama sama kita buka kitab Alllah pagi ini untuk merujuk dan bermuhasabah semula.
Dan akhirnya, ujian besar yang terbaharu di New Zealand disebut semula oleh khatib penuh kesayuan. Sekadar Menambahkan lagi kesayuan dan keihsanan di lubuk jiwa.
Sebak sebak.. Allahuakbar..
Khatib yang sangat baik.. bacaan khutbah sampai ke lubuk jiwa. Terasa solat jumaat seperti di mikrajkan ”keatas sana”, ditemani airmata dikelopak mata. Akhirnya, doa nya yang mudah tapj menusuk.. semuanya tenang dan konsistent..
Terimakasih ya Allah.
Semoga kami kuat dengan ujian ujian akhir zaman ini.
[Semalam, seusai sepetang di Saujana GCC terlalai seketika dengan aksi aksi professional golfers, cuba berusaha mencari jalan mengimbangi antara dunia dan akhirat serta demi sebuah iman. Akhirnya, ketika perjalanan pulang tersadai dalam “traffic jam”, sekadar dapat memdengar kuliah ustaz Mohd Khair tajuk : halal & haram) dari surau al amin melalui U tube sahaja, terimakasih ya Allah atas teknologi terkini. Pesan ustaz Mohd Khair: jaga hati jangan lalai, jauhkan dari maksiat kerana itu yang akan membuat kita lama kelamaan malas beribadat pada Allah. Malam akhirnya, dilabuhkan di Masjid zaid bin tsabit Bandar tasik selatan, solat isya’ berjemaah disana. Alhamdulillah...]
*SAMBUNGAN NOTA..*
•Maka yang terpengaruh dengan islamphobia, syariat islam tak penting lagi tapi perlaksanaan islam itu lebih penting. Sedangkan syariat itu adalah manifestasi aqidah islam. Maka, kalau terpesong kita pun akan terpengaruh dengan islamphobia.
•Etika pemakaian wanita. Propganda dah bermula, bertudung di ambil kira sebagai jumud. Lelaki dan wanita tidak momokkan sebagai bukan pelengkap antara satu sama lain tapi sebagi pesaing. Wanita di rosakan dengan dijadikan pesaing lelaki. Lelaki dikataakan sebagai dominan keatas wanita.
•Kenapa islam cukup cerewat dgn wanita. Nak lantik pemimpin kena lantik lelaki. Wanita bersama emosinya adalah bagus untuk pendidikan. Naluri dan emosi datang dari seorang wanita. Yang mempengaruhi keputusan lelaki adalah wanita. Diktator sekalipun akan ada wanita dibelakang nya.
•Islam amat menjaga wanita, dalam pada dia memberi pengaruh dia juga senang di pengaruhi. Sebab itu barat cipta feminisme utk rosakkan wanita.
•Barat juga meletakkan jihad sebagai satu perkara ajaran ganas dalam islam. Umat islam didorong untuk beraksi ganas. Akhirnya intellegent barat menaja mereka yang tersesat ini untuk memburukkan islam lagi..
•Sejarahnya, ketiak kejatuhan Kerjaaan abbasiyyah, mohghul menggunakan istilah jihad sebagai ganas. Siapa sebut jihad dia ganas. Jatuhnya abbasiyyah, ibnu alqami
menjadi intellegent moghul. Beberapa muslim cuba melawan moghul yang diframe oleh ibnu alqami - yang jadi lidah abbasiyyah pada waktu itu, akhirnya yang menenrang ini dibunuh. Hal hal ini bukan baru berlaku tapi sejak dari dulu lagi. Sebab musuh islam menguasai sejarah mereka tahu untuk mengulangi nya..
Inilah yang berlaku di New zealand, akhirnya yang mati ditambak pula di katakan sebagai terrorist dan perampas. Berhati hatilah kerana ini provokasi untuk mengajak orang islam untuk beraksi ganas, akhirnya membenarkan kenyataan mereka. Ini satu cabaran untuk umat islam..
•IS adalah watak yang diadakan membenarkan islam di perangi. Ini adalah sebahagian dari kempen islamphobia. Islam dipaksa melakukan keganasan, islam di bunuh sehingga umatnya memberontak
•Self full filling profeciency.. kita benci seseorang, kita buat pertuduhan jahat pdnya, sehingga dia fade up dan terus tak buat baik. Maka tindakan dia hanya membenarkan tuduhan.
*akhirul kalam*
Saya tutup nota islamphobia dengan penghujungnya;
Dari Nabi saw : selepas dari ini, kamu akan hadapi hari hari kesabaran.
Sabar? Kawal emosi dizaman fitnah. Emosi akan dicabar. Kini, Pegang agama spt pegang bara api. Fahami lah apa rencana musuh keatas agama kita..
Malaysia juga adalah negara yang tersenarai sebagai perkembangan islam..
Wahai orang2 beriman jagalah diri..
Semoga bermanafaat..
Wassalam
*Ncs*
No comments:
Post a Comment