Saturday, 30 March 2019

SEMAKIN HAMPIR bermulalah saat mengingati Isra’ mikraj

*SEMAKIN HAMPIR..*
.. bermulalah saat mengingati Isra’ mikraj.

Assalamu’alaikum..

Kalau nak ada sebab paling kita nak ambil berat sebab apa kita di bangunkan pagi ini, maka ayat terkenal ayat 56 surah azzariyyat adalah yang paling senang untuk kita jadikan sandaran dan panduan:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”

Oleh itu,  yang berada di kawasan hari cuti pagi ini, jangan pula  tidak “bangkit” kan diri sendiri, melayan tidur tapi, berusahalah sesuatu untuk menjadikan pagi ini lebih bermakna dari pandangan Allah swt yang terutamanya.

Rejab semakin ke penghujung, di dalam bulan ini, ada satu hari yang telah di sepakati ulamak berlaku nya satu peristiwa yang menguji yakin dan iman seorang muslim kepada islam. Itulah Isra Mikraj - in shaa Allah - akan jatuh pada 3 April bersamaan 27 Rejab.

Yang pasti setiap kali tiba peristiwa ini, akan pasti ada ilmu baru yang sebelum ini, samaada kita tidak perasan atau tidak tahu. Walaupun saban tahun kita meraikan nya. Tunggulah hari itu..

Walaubagaimanapun, jangam lupa dengan kelebihan kelebihan yang Allah dah sediakan sepanjang Rejab ini.

REJAB menyucikan badannya. SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

*SEDIKIT PENGISIAN..*

Pagi sabtu semalam, sepatutnya ustaz Shamsul Hakim dari USIM memberi kuliah subuh. Tapi ada ustaz lain menggantikannya. Di sini ada beberapa catatan dari kuliah subuh pagi sabtu untuk saya kongsikan:

•Bulan rejab dianggap bulan solat kerana pada 27 rejab, ada sumber hadis yang mengatakan berlakunya isra mikraj yang akhirnya mensyariatkan solat lima waktu..

•Ayat bermula dari ayat 1 surah al ishrak: bukti berlakunya isra dan mukraj ( perjalanan nabi dari masjidil haram ke masjidil aqsa dan seterusnya ke siddratul muntaha). Mufassir tidak menceritakan bila ianya berlaku, tapi kita kena beriman dengan apa yang berlaku dalam peristiwa isra mikraj ini.

•Isra mikraj anugerah paling tinggi hebat buat nabi saw dari sudut rohani. Inilah kembara rohani dan jasmani. Ada muslim percaya atas dasar ikut ikutan, tidak pun bersungguh nak mencari dan selidik apa sebenarnya disebalik peritiwa ini, tak mahu caripun kebenaran peristiwa ini. Sebaiknya, selidik dan cari hikmah dan pengaran sebalik peritiwa ini..

•Peristiwa ini tidak lojik pada akal manusia yang terbatas. Di sinilah ia membezakan antara Muslim dan bukan muslim. Ianya berbeza dari sudut iman. Muslim lebih utamakan iman dari lojik akal. Yang sebenarnya dalam perkara yang Allah arahkan kita beriman itu terkandung berbagai bukti secara scientifik akan kenapa perlu beriman. Tapi kita tidak mengetahuinya.

Walaupun begitu masih ada juga perbezaan antara muslim dan mukmin.

“Jika ingin melihat orang islam maka lihatlah ketika hari raya idul fitri, itulah orang islam. Tetapi jika mau melihat orang beriman maka datanglah ke masjid ketika shalat subuh”  – HAMKA

•Asas penting pengajaran dari israk mikraj:
#Iman hebat yang dimiliki oleh abu bakar assidiq perlu dicontohi. Ketika pertama kali diceritakan padanya oleh nabi saw. tidak ada sangkalan langsung tapi menerima seadanya. Inilah situasi dimana Iman dan yakim mengatasi dan juga menyalahi adat. [Begitu juga tentang hal hal alam ghaib seperti alam kubur, malaikat, jin, titian sirat, ayurga dan neraka. Apakah kita percaya tanpa ada bukti, impirikal study dan kejadian atau kajian secara scientifik? Sudah tentu iman kita mendahului akal dalam hal hal sam’iyat ini]
#Theory kelajuan cahaya membenarkan israk mikraj. “seorang tidak tertakluk pada masa dan tempat “- Albert Enstein. Ada theory barat mengatakan fizikal nabi saw di tukar menjadi cahaya untuk “absorb” dan “blend” dalam cahaya bagi menerima kelajuan untuk perjalanan dalam israk dan mikraj ini. Mereka pun juga membenarkan kejadian isra’ dan mikraj.

*AKHIRUL KALAM*

Sekadar mencetus. Semoga ada yang “teransang” untuk ke arah mendetailkan kisah isra’ mikraj.

Ada yang faham tapi tak buat, yang faham dan tak tahu, lagilah.

Semakin banyak ilmu, semakin lapang hidup. Semakin kurang ilmu, semakin sempit hidup. – HAMKA

Wallahu’alam

Wassalam

No comments:

Post a Comment