Saturday 27 April 2019

Khutbah Jumaat JDT 26 April 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 26 April 2019
                 20 Sya'ban 1440
TAJUK  : Hindari Ajaran Yang
                Bertentangan Aqidah Ahlis
                Sunnah Wal Jama'ah

1) Ahlis Sunnah Wal Jama'ah- golongan berpegang kpd Al-qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW; amalan para sahabat; At-taabi'in; Taabi'it taabi'in; seterusnya melalui jimhur ulama' kpd kita.

2) Firman Allah Surah Al-an'am/153 bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama islam) yg betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan jgn kamu menurut jalan2 (yg lain dari islam) kerana jalan2 (yg lain itu) mencerai beraikan kamu dari jalan Allah....................................... ".

3) Penetapan j/kuasa fatwa Negeri Johor- Umat islam Johor hendaklah berpegang aqidah Ahlis Sunnah Wal Jama'ah; aliran al-asyaa'irah dan al-maaturidiyah; mengiku mazhab As-syaafi'i; dlm keadaan tertentu boleh ikut mana2 mazhab samada Al-hanafi, Al-maliki, Al-hambali atau melalui ijtihad hukum oleh j/kuasa fatwa; diperkenan DYMM Sultan.

4) Penetapan Panduan Tassauf- amalan Imam Junid Al-baghdadi dan imam Al-ghazali; mazhab tassauf lain boleh diamalkan; selagi tidak bertentangan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama'ah.

5) Antara fahaman dan ajaran yg bertentangan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama'ah :-
5.1) Ajaran Qadyani atau Ahmadiah-
mengaku pengasasnya, Marza Ghulam Ahmad seorng Nabi; mempunyai mu'jizat; tidak percaya adanya Syurga dan Neraka.

5.2) Ajaran Bahai- percaya pengasasnya, Mirza Husin Ali bergelar 'Bahallah' (kemuliaan Allah); utusan Tuhan terbahru; percaya wahyu Tuhan masih ada hingga kini.

5.3) Ajaran Syi'ah- menyeleweng dpd ajaran islam; percaya imam syi'ah yg 12 adalah ma'sum; mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW.

5.4) Ajaran Wahabi- berpegang bahawa Allah SWT berjisim dan  bertempat dlm mentafsirkan ayat2 Al-qur'an dan hadith yg bersifat kesamaran; menolak perbahasan sifat 20; membid'ahkn perkara2 hilafiah yg tidak sefahaman dgn mreka.

5.5) Ajaran2 sesat lain- Al-arqam, Milah abraham, Yaai, Layar bahtera dll juga fikiran liberalisma.

6) Perkara aqidah- tingkatkn kefahaman dlm ilmu2 berkaitan; dapat bezakn amalan yg benar dan yg sesat; jahil lalai tidak peduli soal2 agama bawa kesesatan; belajar dgn guru bertauliah; ajaran yg mengelirukan dirujuk kpd pihak berkuasa agama.

7) Firman Allah Surah Yusuf/108 bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) inilah jalanku, aku dan orng2 yg menurutku, menyeru manusia umumnya kpd agama Allah dgn berdasarkan keterangan dan bukti yg jelas nyata.....................
..............................dan bukanlah aku dari golongan yg mempersekutukn Allah dgn sesuatu yg lain".

                  بارك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment