gambar sekadar hiasan
Setiap yang berlaku pada hari semalam dan apa yang bakal berlaku di hari ke depan, telah ditetapkan oleh Allah.
Biarpun rasanya sulit, tetapi kau akan tetap mampu hadap dan buat.
Jika terasa tak mampu sangat, angkat tangan dan mengadu pada Yang Maha Kuat. Kerana disitulah kekuatan yang akan kau dapat.
Sungguh! Kau takkan dapat lalui semua ini andai tak dapat bantuan dari Dia.
Bahkan apa-apa yang berlaku ini, terjadi dengan izin Dia jua.
Andai kau usaha sedaya apapun, jika Allah tidak perkenankan. Maka tidaklah terjadi perihal tersebut. Begitulah jua di sebaliknya.
Cumanya — jangan terlalu bersedih andai tak tergenggam apa yang dimahukan, sebaliknya selalu tunduk dan akur apa yang telah ditetapkan.
Barangkali ia jelas nampak teruk, tetapi disisi Allah itulah yang terbaik. Kan ?
Put faith in Him !
No comments:
Post a Comment