Friday 3 May 2019

Carilah Tingkatan Puasa

*Cetusan dari Masjid Langgar Kota Bharu*
- carilah tingkatan puasa.

Assalamu’alaikum..
Salam jumaat pada semua di seawal pagi yang indah.

Indah lagi kalau kita dapat sertakan bersama zikir zikir dan selawat selawat. Moga kita tidak rugi kerana lepas kan jumaat berlalu sebegitu saja. Usahakanlah sesuatu.

Tambahan pula, ramadhan semakin menghampiri, jadi lah orang yang benar benar gembira dengan kehadiran Ramadhan.

Selasa lepas berada di bandar kota bharu. Saat ketika bersolat jamak takhir asar dan zohor di masjid Langgar, ustaz sedang menyampaikan kuliah berkenaan puasa. Antara yang sempat saya “pick up” ketika berwirid selepas solat adalah berkenaan tingkatan puasa.

Di pagi jumaat yang mulia ini, jom sama sama kita usaha menjadikan puasa kita pada tahun berada pada tahap terbaik..

*TINGKATAN PUASA..*

Ada tiga tingkatan puasa:  puasa awam, puasa khawash, dan puasa khawash alkhawash.

[ Puasa awam]: puasanya orang orang umum yang menjalankan ibadah puasa secara basic, sebagaimana diajarkan dalam ilmu feqah.
Puasa yang hanya kepada puasa yang bersifat fizikal. Seperti menahan diri dari makanminum, berhubungan suami isteri di siang hari. Puasa awam tidak peduli dengan pengendalian organ organ tubuh, yang penting asal sesuai dengan syarat wajib, rukun dan ketentuanw puasa.

[Puasa khawash]: puasanya orang orang khusus, yang menjalankan ibadah puasa secara disiplin sebagaimana dituntutkan dalam tarekat.

Mereka yang berpuasa khawash, selain menahan diri dari makan, minum, dan berhubungan suami isteri,
mereka juga mengendalikan organ tubuh lain. Seperti mengendalikan lidah, mata, pendengaran, penciuman, kecenderungan hati (dzauq) dan sentuhan kulit. Puasa kawash kena kendalikan semua ini supaya  di dalam berbicaraan tidak terselip berbohong, ria, ujub, namimah, gibah, tertawa terbahak bahak, marah, mengumpat dan banyak lagi. Mata perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak mudah melihat hal hal yang haram dan halal. contohnya aurat, saksikan kejahatan dan perkara yang boleh menarik nafsu sek. Malah, yang halal juga kena hati hati sebab ianya boleh bawa  fikiran ke arah yang tidak sejalan dengan ibadah puasa. Begitu juga dalam hal hal mengendalikan pendengaran. Kena usaha untuk tidak mendengar hal yang memancing kepada nafsu syahwat dan egoisme. Dalam bab penciuman pula, kenalah dikendalikan hidung untuk tidak mencium bau busuk yang mempengaruhi keindahan dan kesejukan lahir batin. Hati hati dengan perkara semudah mencium bau parfum wangi dari seseorang kerana ianya  mengalih imajinasi ke hal hal keseronokan hidup, yang tidak sejalan dengan ajaran Islam. Juga kena jaga Kecenderungan hati (dzauq). Kenalah juga jaga kecenderungan hati dan fikiran dari yg menggiurkan.

Sehingga satu peringkat, mereka yang menjalankan puasa khawash juga mengendalikan sentuhan. Secara rohaninya, ianya spt  mengendalikan kulit untuk menyentuh sesuatu yang menimbulkan kegairahan nafsu. Misalnya menyentuh kehalusan barang barang, sehingga dapat memancing nafsu untuk memilikinya.


Sudah tentu yang berpuasa khawash al khawash lagi hebat dari segi kedua duanya rohani dan jasmani.

*Akhir kalam*

Pilih lah satu, asal jangan tak buat, kemudian buatlah yang terbaik semoga hadir yang terbaik dari Allah.

Personally, bagi saya, kalau dapat puasa tahap 2 pun dah alhamdulillah. Syukur sangat sangat tapi  nak dapat tahap 2 pun belum tentu apatah lagi tahap 3 yakni tingkat puasa para nabi. Mudah mudahan kita semua akan meningkatkan lagi amal ibadah kita, bukan sekadar berpuasa hanya mendapat lapar dahaga, kerana dalam bulan puasa dua yang paling sukar untuk kita jaga lidah (percakapan) dan mata (penglihatan)..

Sama sama berusaha dari sekarang.

Semoga ada manafaat..

Wassalam
*NCS*|{

No comments:

Post a Comment