Sunday 19 May 2019

Jangan Keluar Ramadhan Tanpa Diampunkan Dosa - Pesan Ustaz Ahmad Nazri

*Ramadhan 14*
Jangan Keluar Ramadhan tanpa di ampunkan dosa.
[PESAN USTAZ AHMAD NAZRI]

Assalamu’alaikum...

Susunan Allah tidak pernah tidak cantik dan memang selari dengan apa yang telah disebut dalam surah al imran ayat 190 - 191:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda tanda bagi orang orang yang berakal, (yaitu) orang orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”

Selepas 13 hari Ramadhan, masih suam suam kuku jer ibadah khusus - solat malam masih spt sebelum ramadhan, baca al quran pun baca juz ikut bilangan hari Ramadhan, sedekah masih malu malu - aduhai , apa nak jadi. Tapi saya tetap berdoa, moga Allah tambah “pace” dan “spirit” ibadah ibadah, bila tiba Ramadhan selepas 15 hari. Dah kena biasakan yang tidak biasa dah ketika ini sebab 10 terakhir bakal tiba. Pastinya tidak boleh tunggu hingga 10 terakhir baru nak “gear up”.

Mudah2an pengesahan ttg penerbangan ke Jeddah pada 2 Jun akan menambah kan lagi “keindahan” dan “kemuliaan” 10 Ramadhan terakhir kali ini. Walau pun 5 hari terakhir nanti tidak di Mekah tapi di Madinah, tapi ianya masih dlm lingkungan
Kota kota haramain. Ya Allah kami pelukan inayahMu..

Hari semalam kami anak beranak bertebaran sana sini menyatuni tempat asal dibesarkan.. moga sempat ke kubur kubur arwah.

*PENGISIAN PAGI RAMADHAN 14*

Syarahan Ustaz Ahmad Nazri - Bulan Pengampunan

Mudah2an maghfirah Allah berterusan untuk kita sepanjang Ramadhan ini.
Ramadhan - shahril maghfirah. Bulan keampunan.

Bukan semua dari kita bakal keluar ramadhan dengan  keampunan. Kecuali yang tahu dan sedar tentang kelebihan malam malam Ramadhan dan bulan itu sendiri, nescaya dia nak ramadhan adalah pada setiap bulan.

Dalam satu Hadis riwayat  ibnu khuzaimah;  ketika nabi saw menaiki anak tangga ke mimbar, tiga kali nabi saw menyebut aamin. Selesai khutbah, sahabat bertanya kenapa ada 3 amin. Jawap nabi saw, jibrail kejap baru datang berdoa dgn tiga doa:
•Allah melaknat mereka masuk Ramadhan yang tak dapat keampuann
• Allah melaknat Anak yang ibubapa masih hidup tapi tidak ambil peduli pada orang tuanya.
•Allah melaknat mereka yang tidak berselawat bila nama nabi saw disebut.

Kenapa ada yang gagal dpt keampunan Allah? Kita berhak utk dpt keampunan, jika kita ikhlas berpuasa hanya kerana Allah. Jaga diri jangan riya’ ..

Pandingan ulamak ttg ikhlas, ada sipenulis mengarang surah indah bahasa tapi dihantar ke salah alamat. Sia sialah bahasa dan usaha nya.

Harapan nak dapatkan keampunan Allah, spt menanam sebatang pokok, jaga baja siram untuk mendapat hasilnya.

[Ciri2 mereka nak dpt maghfirah..]

Ilmu yang ada kena beramal dgnnya. Ilmu boleh mengaut keampunan Allah. Hati jgn dibiarkan 40 hari tak dengar nasihat dari alquran, hadis atau tazkirah, kerana hati yang sepi dari peringatan akan gesang

Puasa kenalah puasa zahir dan batin. Kena tahan diri dari makan dan minum, pada masa yang sama kena tahan dari nafsu dan syahwat dari mengerumuni hati, jgnlah puasa hanya dpt lapar dan dahaga sahaja.

Puasa jangan malas malas. Kerana mereka yang ikhlas menanti nanti kehadiran Ramadhan.  Bulan penuh kebajikan ini amat dinanti kan untuk meraih segala kebaikan yang lain akan menghasilkan keampunan Allah. Jgn jadikan malam malam ini berlalu begitu sahaja.

*Akhirul kalam*

Ssghnya keampunan Allah tidak ada hadnya, maka gunakanlah pd kesempatan yang ada ini..

Kata nabi saw : sebanyak mana dosa kamu lakukan, keampunan Allah lebih banyak dari dosa yang kamu lakukan...

Moga takdir Allah untuk kita semua akan lebih baik pada 15 hari yang terakhir ini.

Wassalam
Catatan: *NCS*
#TamanSriJaya

No comments:

Post a Comment