Friday 3 May 2019

Ramadhan Dahulu Vs Ramadhan Sekarang


*RAMADHAN TIBA!*
*RAMADHAN TIBA!*
*RAMADHAN TIBA!*
[Dulu dan sekarang]

Assalamu’alaikum..

Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! Ramadhan tiba!
(Baca berlagu spt OPICK)

Moga semua muslim bersuka cita menyambut bulan suci ini. Maka, persiapkan diri dan hati. Janganlah pula ada antara kita yang terkejut - tiba2 Ramadhan!

Inilah momen terbaik.. “TIME TO RECHARGE”. Iman, semangat, tenaga dan seluruh diri. Sama sama kita jadikan momen ini untuk rehat sejenak perbaiki hal hal lama jadi baru ikut sepeti panduan yang diberi Allah,
demi untuk kebaikan hidup dunia dan akhirat.

Belum tentu kita betemu ramadhan selepas ini....

*OLDER RAMADHAN*

Ramadhan zaman saya kecil kecil, tak sama dengan hari ini. Dulu, bila nak masuk bulan puasa, Penyimpan Besar Mohor Raja Raja akan buat “PENGUMUMAN” dan inilah yg di tunggu tunggu, dengar radio atau duduk
depan tv. Bila diumumkan bahawa anak bulan tidak
kelihatan, maka 1 Ramadhan jatuh pada hari berikutnya.
Inilah yg "teruja", jangankan budak budak, org tua pun sama. Berbanding hari ini, Ramadhan maupun Syawal semua telah ditetapkan, macam hilang AURANYA.

Dulu dulu tak ada bazaar Ramadan macam sekarang, sejam tak cukup nak round. Dulu tak ada jualan mega raya dan tak ada iklan raya macam PETRONAS. Dulu dulu,  Ramadan disambut dengan satu ingatan sahaja, nak berpuasa di siangnya dan bertarawih malamnya. Yang bebudak pulak, ingat nak main bunga api. Kat kampung saya dulu, lawan “Meriam Buluh” antara seberang sini dan sana ?(yang dipisahkan sungai kelantan), sudah jadi satu kemestian. Tapi dulu dulu tak dengar pun tangan putus, haper ke disebabkan main mercun tapi jgn sekarang…macam macam! Jaga anak anak yea..

*RAMADHAN... sekarang*

Ramadan hari ini, rasanya lebih baik berbanding dulu dulu. Ada ucapan ucapkan ihya Ramadan, ajakan suruh
beriktikaf.

“Pahala puasa atau hanya lapar dan dahaga, Tadarus atau tidur terus, Lailatul Qadar atau Lailatul Kamdar”

Dulu dulu, Majlis iftar di masjid pun kurang, kalau ada pun sekali sebulan. Iktikaf 10 malam terakhir pun tak dibuat orang. Sekarang ini di bandar, malahan surau tempat saya, penuh setiap malam hingga ke hujung Ramadhan. Imam dijemput khas, semuanya
hafiz alquran. Ada tazkirah
lagi, tapi ada juga Negeri yg tak bagi buat TAZKIRAH. Pelik juga.

Dahulu, solat tarawikh kalau yang 20 rakaat tu laju. Tapi sekarang, selalunya orang suka buat lapan rakaat, ditambahkan dgn tazkirah. selepas tarawikh atau
witir. Pengisiannya lebih bermanfaat.

Dulu, moreh menjadi kemestian. Ada yang tak solat tarawikh, sebab nak siapkan moreh. Sekarang, orang berebut nak taja majlis iftar. 

Dahulu, Qiyamullail di bulan Ramadan jarang dibuat
orang. Jika ada pun, lebih bersifat individu. Sekarang,
qiyamullail dah jadi macam tradisi, 10 malam terakhir bulan Ramadan ramai yang tidur di masjid. Bahkan, ada yg ambil cuti 10 hari terakhir, Bahkan, ada orang ambil trip ke Mekah tunaikan umrah di hujung Ramadan.

Dulu, di  Ramadan, amalan sedekah hanya berlegar di sekitar jiran terdekat. Kini, amalan sedekah di bulan Ramadan dah jadi hebat, sampai ke luar Negara, Kemboja, Palestin dan sebagainya. Hebat sungguh sedekah zaman sekarang. Malahan bulan puasa yang sedang dilalui ini, Imam menangis nangis berdoa untuk para mujahidin Syria, Mesir dan Palestin. Dlm doa tu banyak Negara org Islam yg ditindas didoakan oleh imam dan diaminkan jamaah.

Alhamdulillah. Semoga kita semua tahu besarnya bulan mulia ini. Jangan hanya angguk angguk bila kita di maklumkan tentang segala anugerah yang disediakan tapi rasailah, resapilah dan beramallah. Jika kita tidak rasa ini semua, sudah pasti ada sesuatu yang tak kena dalam hati kita. Pesanan untuk ncs, anak anak dan cucu cucu nya.

*Akhirul kalam*

Sahabat, Carilah “roh” ramadhan. Kalau dulu berpuasa hanya spt satu adat, sekarang ramai yang dah faham. Berhati hati dengan setiap apa yang dibelanjakan. Jangan ikut resam:  bazaar ramadhan, bazir ramadhan.

In shaa Allah mohon doa juga dari semua, moga "plan" saya bersama ahli keluaga saya untuk berpuasa di Madinah dan Mekah di lima hari terakhir, seterusnya menyambut aidilfitri di Tanah Suci di makbulkan Allah.

Semoga kita akan lebih bertaqwa selesai ramadhan nanti...

Wassalam
*NCS*
#TargetHabisPuasaEnamDiMekah

No comments:

Post a Comment