Sunday 19 May 2019

Seloka Guru Anugerah Tuhan

SELOKA: GURU ANUGERAH TUHAN

Guru kini multi kerja dan tugasaN,
segelinter yang beletiaq 'perlahaN';
ada yang terima tanpa bantahaN,
mahu tidak mahu - tugas diteruskaN.

Jam berputar dalam sehariaN,
menjadi keutamaan adalah tugasaN;
rehatnya - terkadang disingkatkaN,
rutin harian sudah berkebiasaaN.

DIALAH juru - segala pengkeraniaN,
SU majlis - surat jemputaN;
surat waris, surat peringataN,
salah laku - ketidak hadiraN.

DIALAH ketua 'keluarga bayangaN',
sekecil hingga sebesar urusaN;
segala keperluan dalam perhatiaN,
sentiasa sempurna tiada kekurangaN.

DIALAH seorang bersifat keibubapaaN,
'ibu' multi serba serbi kebolehaN;
'bapa' mengalas seribu tugasaN,
tidak pertikai tentang penampilaN.

DIALAH jam loceng pengiraaN,
penjaga waktu, pemerhati kecemasaN;
batu penanda, penjaga garisaN,
perakam waktu dan...'jam jadiaN'.

DIALAH ahli bahasa pertuturaN,
sebagai ahli tawareh sejarawaN;
ahli geografi ke pelusuk kawasaN,
ahli kaji bintang di angasawaN.

DIALAH pencipta menu kegemaraN,
pembangkit 'formula' nafsu makaN;
di kantin - menghidu kekurangaN,
memastikan pelajar tidak keracunaN.

DIALAH 'tukang cuci' persekitaraN,
memastikan sampah tiada di'kawasaN';
longkang, ranting, dahan dedaunaN,
sebati di jiwa...bernafas keceriaaN.

DIALAH ahli hikmah, pendita pujaaN,
mendidik anak bangsa ke dunia terangaN; 
agar hidup bersifat 'kemanusiaaN',
hidup bernilai, berguna masa hadapaN.

DIALAH doktor tanpa pentauliahaN,
jururawat berkhidmat tanpa bosaN;
tukang picit, dukun dan bidaN,
bomoh, jampi - jin? tak hairaN.

DIALAH ubat, penawar penyaki 'jadiaN',
ubat mujarab, penyembuh penderitaaN;
pengubat hati gundah kerunsingaN,
penghilang duka hati kecelaruaN.

DIALAH  penghilang resah kesedihaN,
tukang dalang...penglipur kedukaaN;
menerima sedia segala kekurangaN,
tempat menumpang......setia kawaN.

DIALAH pengawas penjaga 'kawasaN',
sebagai cctv, pengawal keselamataN;
sebagai polis, peguam, hakim perbicaraaN,
sebagai pendamai mangsa persengketaaN.

DIALAH kaunselor tempat rujukaN,
penasihat berguna, pakar bimbingaN;
pakar rujuk tempat pertanyaaN,
tempat aduan musibah, permasaalahaN.

DIALAH sebaik-baik sahabat, temaN,
perginya dirindu pulangnya dinantikaN;
hilangnya dicari hadirnya dirasakaN,
dukanya dihidu riangnya kelihataN.

Itupun 'sabar' menahan berbagai gelaraN,
cikgu kertas, cikgu-mekropon tertelaN.
cikgu cili, cikgu cacing, cikgu kekunyitaN,
HEBATnya - cikgu tetap di hati - kesayangaN.
================
Guru seorang insan anugerah TuhaN,
punya deria  yang sangat kerbesaN;
hati dan perasaan - sebuah pendidikaN,
yang mempu gembirakan setiap insaN.

Tahu jawapan sebelum soalaN,
tahu kesimpulan sebelum huraiaN;
tahu meroboh tembok perbezaaN,
tahu menghurai nilai persamaaN.

Melalui seluruh deria dan 'penglihataN',
mampu warna-warnikan sebuah kehidupaN;
untuk seorang pelajar kesayanagaN,
tidak mengira latar kehidupaN.

Punya luar biasa keistimewaaN,
pengorbanannya hati dan perasaaN;
dengan dia manusia dapat kedudukaN,
dengan dia manusia dapat kemuliaaN.

Guru insan penuh keajaibaN,
di mulutnya penuh kebenaraN;
di tangannya penuh kekeramataN,
di jasadnya penuh budi teladaN.

Guru - lubuk ilmu pengetahuaN,
guru - khazanah hikmah pertuturaN;
guru - ladang teladan tamsilaN,
guru - gerbang 'syurga' kebaikaN.

Hati guru lebih berperanaN,
tajam dari sembilu - perumpamaaN;
lembut dari kapas berterbangaN,
dan lebih keras dari batu bataN.

Hatinya dapat melihat kebaikaN,
hatinya dapat menghidu kecilakaaN;
hatinya dapat merasa sirna kebenciaN,
hatinya dapat mencium kebahagiaaN.

Mampu membaca beraraknya awaN,
mampu terjemah burung berkicauaN;
mampu menghidu bahaya di hutaN,
mampu menduka gelora lautaN.

Mampu melahirkan jagat keamanaN,
mampu kekalkan rasa ketenangaN;
mampu kibar panji perdamaiaN,
mampu memartabat kegemilangaN.

Mampu hidupkan sebuah 'kematiaN',
mampu menjulang sebuah kehidupaN;
mampu membina istana impiaN,
mampu melahir sebuah kebahagiaaN.

Cerah di kepekatan malam gelemaN,
'meredup' di siang terik kepanasaN;
'menyelimut' di pagi nan kedinginaN,
menyinarkan cahaya di sebuah kegelapaN.

Penutup di saat tribulasi kejahatan,
penyambung rahim yang berantakaN;
'penyembuh' 'sakit' yang berpanjangaN,
penyesih ombak 'mehnah' kehidupaN.

Menyahut pengilan seluruh kebaikaN,
sedia memperbaiki segala kelemahaN;
kerana dapat merasai keupayaaN,
kerana dapat melihat kesempurnaaN.

Insan kekuarangan capai kesempurnaN,
insan kerdil menjulang kemashuraN;
insan yang lemah menjadi sandaraN,
insan yang hebat menjadi kebanggaaN.

Tiada istilah kejahilaN,
tiada istilah kenakalaN;
tiada istilah kelemahaN,
mereka punya kesempataN.

Lantas jangan terpingga kehairanaN,
lahirnya permata2 bergemerlapaN;
ramainya insan mendapat kejayaaN,
yang mengubah dunia ciptaan TuhaN.

=========================
'Etika' guru adalah waris 'kenabiaN',
terikat sumpah keramat 'ulamak' warisanN;
yang dijunjung penuh kemuliaanN,
sejak dahulu, zaman bermazaN.

Kepada para guru yang budimaN,
'tangan'mu penuh dengan keajaibaN;
teruskan tugas suci penuh kemuliaanN,
di samping menjaga etika perguruaN.

Gunung pun tidak mahu memikul tugasanN,
sebagai penyampai, penegak kebenaraN;
mendidik anak-anak tentang peradabaN,
hanya dikau guru, yang berkemampuaN.

Guru tahu jejaki kebenaranN,
adil menilai segala kesungguhaN;
bijak menghidu segala kepalsuaN,
faham aras tahap kematangaN.

Jangan guru melawan arus perkhimataN
jangan guru mengikut nafsu kemahuaN;
yang mengenepikan segala keharmoniaN,
yang hanya mementingkan 'kemenangan'.

Kiranya kita sebagai insan pilihaN,
sebagai guru di tengah kemanusiaN;
sebagai  murabbi, muaddib anak watanN,
jadikanlah kita obor cahaya kehidupaN.

Berbaggalah wahai guru sekeliaN
berdiri guru di baris hadapanN;
sebagai waris zuriat kesayanganN,
jadilah guru  kebertanggungjawabaN.

Peganglah tiga kalam ahli kerohanianN,
pertama, ajar dengan hati DALAMAN;
kedua, ajar dengan ZAHIR perbuataN,
ketiga, jangan ajar ikut nafsu KEMARAHAN.

Dalaman bermaksud, semua ini urusan Tuhan,
zahir bermaksud, mendidik adalah kewajipanN;
kemarahan bermaksud, seranah yang keterlaluaN,
tuntasnya..mendidik - tugas yang diamanahkan.

Semoga  kita dalam pemeliharaaN,
diberi segala bentuk kekuatan, ketahanaN;
samaada emosi, luaran dan dalamaN,
sesuai dengan...guru anugerah TuhaN.


Al-Faqir, Ahmad bin Buang,
SMK Penanti
Kubang Semang,
Pulau Pinang.
19 Mei 2019
14 Ramadhan 1440
6.45 AM

No comments:

Post a Comment