Saturday, 18 May 2019

Ziarah Ke Alam Barzakh

*#ZIARAH_KE_ALAM_BARZAKH*

Assalamu Alaykuum
Bismillah...

Allahu Akbar!! 
*Cuba lah baca walaupun panjang..*
Semoga dpt menginsafkan kita,
wallahua'lam!

Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh:
*Ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh*
(Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

1• Kehidupan manusia bermula dari
√ alam rahim
√ alam fana
√ alam barzakh
√ alam mahsyar
√ alam syurga @ neraka

2• Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu sahaja yg diizinkan Allah bercantum dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9 bln.

3• Ketika di dlm *Alam Rohiim kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:*
√ rezeki
√ ajal (bila, di mana, bgm)   
√ amalan & kehadapan
( kahwin/Nikah dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
√ ahli syurga atau ahli neraka.

4• Walaupun telah ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5• Qada dan qadar ada 2 iaitu :
*√ qada #mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui #Doa*
*√ qada #muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sebelum kematian.*

*6• Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.*

7• Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke:
√ alam fana ( dunia)..
√ alam kanak2..
√ alam remaja (12 - 21 thn)..
√ alam dewasa (22- 40 thn).
√ alam tua ( lbh 40 thn).
√ Lebih 70 thn disebut tua bangka..

*8• Masa remaja adalah salah 1juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.*

*9• Hadis Nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula  dari bayi hinggalah sebelum mati..Sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan #mati..*

*10• Siapa-siapa yg berusia pada #umur_40thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik, maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..*

*11• Setiap yg hidup akan merasai Mati..Roh org beriman adalah seperti minyak yg berkumpul di dalam air.*
*Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar.*
*Dari kaki ke pinggang..*
*ke perut bilamana sampai ke perut akan terdengar beberapa urat putus*
*dan bagi lelaki terasa zakar naik ke atas*
*lalu bagi orang beriman akan mengatakan #Laailahailallah.. Muhammad Durro Rosululloh*

*Tapi bagi orang yang tidak beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan sahaja..Tidak ada apa-apa yg berlaku..*

12• Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yang Roh si mati itu akan masuk syurga atau neraka kecuali jin dan manusia..

*13• Tanda2 jenazah itu ahli neraka:*
√mulut berbuih
√wajah masam
√najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.

*14• Tanda-tanda jenazah itu ahli syurga:*
√dahinya berpeluh
√hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
√wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
√najis keluar sedikit sahaja.

*15• Sakitnya perempuan yg bersalin itu adalah 1 juzuk daripada 99 juzuk kesakitan kematian..*

16• Kalau boleh…
*√yg memandikan jenazah kita adalah anak-anak kita..*
*√yg mengkafankan kita adalah anak-anak kita...*
*√anak kita jadi imam solat jenazah kita..*
*maka beruntungnya kita*..

17• Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak-anak kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.
(sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)

*"Ya Allah ..waktu mana kami kecil-kecil..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tapi kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dul u..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami ........."*

*18• Qur'an yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..*

*19• Nabi kata  aku tidak pernah tengok(melihat) keadaan yg sangat(begitu) huru hara spt padang mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di padang mahsyar nanti..Dihantar sekali lagi utk peringatan kpd kita semua agar banyak #bersedekah terutama pd bln Ramadhan.*

*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*

Sebagaimana firman Allah,
*"...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....."*
(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata
"supaya aku dapat mengerjakan umrah"atau "supaya aku dpt solat"
atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata,
*"Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."*

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

*Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.*

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

*"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sebenarnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar daripada kelazatan si penerima.-*
(Ibnu Qayyim).

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

*1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga.*

*2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan.*

*3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.*

*4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur.*

*5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah).*

*6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.*

*7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat.*

*8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat).*

*9) sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan.*

*10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya.*

*11) orang yg bersedekah adalah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi).*

*12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar.*

*13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.*

*14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.*

*15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.*

*16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.*

*17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan.*

*18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.*

*19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.*

*20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.*

*Maaf Zahir Batin*

No comments:

Post a Comment