Hari ini masih kuat dan gagah,
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah.
Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah,
Belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah.
Hari ini realiti yang mesti dilalui dengan tabah,
Kerana esok hari belum pasti boleh berubah.
Hari ini ahli maksiat berasa bangga dan megah,
Esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah.
Hari ini berpakaian baju dan jubah,
Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah.
Hari ini berpijak di atas tanah,
Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah.
Hari ini berkenderaan serba mewah,
Mungkin esok hanya ada kereta jenazah.
Hari ini janganlah bermegah-megah,
Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah.
Hari ini Banyakkan doa dan harap pada Allah,
Semoga esok hidup dalam redha Allah.
Hari ini kuatkan taat, amal ibadah,
Moga esok masih istiqamah.
Hari ini andai datang ketentuan Allah,
Esok terimalah ia dengan tabah.
Hari ini andai ada silap dan salah,
Jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubah.
Hari ini kita dalam taqdir Allah,
Besok hari hanya dalam ilmu Allah.
Hari ini kita berukhuwah dan bermadah
Semoga esok dikumpulkan bersama di Jannah. Aamiin...

No comments:
Post a Comment