بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 28 Jun 20l9
24 Shawal 1440
TAJUK : *Kesatuan Dlm Pegangan*
*Mazhab As-shaafie*
1⃣ Firman Allah Surah Al-an'am/153 bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama islam) yg betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan jgnlah kamu menurut jln2 (yg lain dari islam) kerana jln2 (yg lain itu) mencerai-beraikn kamu dari jln Allah, dgn yg demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa".
2⃣ Pegangan aqidah umat islam johor- aqidah ahlis-sunnah wal-jamaah; aliran al-ashaa'irah dan al-maaturidiyah; berlandaskn mazhab As-shaafie; yg menjamin keharmunian dan perpaduan masyarakat islam.
3⃣ Imam As-shaafie- atau Imam Muhamad bin Idris As-shaafie; seorang mujtahid dan tokoh islam; sumbangannya dlm pemikiran islam; ilmu fiqh; rujuknnya Al-qur'an dan Al-sunnah; menghimpunkn dua aliran (ahli hadith dan ahli ar-ra'yi); berpusat di Hijaz dan di Iraq.
4⃣ Guru2 Imam As-shaafie- di Hijaz dgn Imam Malik bin Anas; pengasas Mazhab Maliki; di Iraq dgn Muhamad Al-hassan As-syaibani; murid kpd Imam Abu Hanifah; pengasas Mazhab Hanafi; kumpul kedua2 aliran ilmu tsbt dan ujudkn Mazhab As-shaafie.
5⃣ Antara kelebihan Mazhab Imam As-shaafie :-
5.1) Mazhab pertama tersusun rapi; kaedah2 mengeluarkn hukum fiqh dlm kitab Ar-risalah.
5.2) Mazhab yg banyak perhatian dari kajian para ulamak.
5.3) Memiliki sumber daya manusia luar biasa; banyak melahirkn ulamak usul fiqh, usuluddin, tafsir dan syarah hadith.
5.4) Kebanyakn kitab rujukn bersumber dpd kitab Al-umma, Ar-risalah dll; tulisan Imam As-shaafie sendiri.
5.5) Menjadikn Al-qur'an dan hadith soheh sbg rujukn sumber hukum.
6⃣ Mazhab As-shaafie- sesuai diikuti dan diamalkn; dlm laksana ibadat dan syariat islam, kesatuan diutamakn; agar negeri kekal makmur stabil dan tidak berpecah belah.
7⃣ Firman Allah Surah An-nisa'/115 bermaksud: "Dan sesiapa yg menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kpdnya kebenaran pertunjuk (yg dibawaNya) dan ia pula mengikut jln yg lain dari jln orng yg beriman, kami akn memberikannya kuasa utk melakukn (kesesatan) yg dipilihnya dan pd hari akhirat Kami akn memasuknnya kedalam neraka jahanam........................................... ".
بارك الله لي ولكم ...
No comments:
Post a Comment