Friday 26 July 2019

Garis Panduan Bayan Hidayah Masturat 15 Hari & 40 Hari


gambar sekadar hiasan

GARIS PANDUAN BAYAN HIDAYAT MASTURAT 15 HARI & 40 HARI

❖ Muqaddimah
✓ Kepentingan usaha agama ini dikalangan wanita .Sebagaimana lelaki dihantar begitu juga bagi wanita.Dakwah tanggungjawab wanita juga.
✓ Syukur Allah pilih ibu-ibu &bapa-bapa untuk keluar dijalannya.

Maksud Keluar
✓ Islah diri supaya agama yang sempurna hidup dalam diri kita dan umat seluruh alam.
✓ Menghasilkan 6 sifat dalam setiap suami & isteri.
✓ Menggalakkan lelaki supaya usaha keluarkan jemaah lelaki dan masturat di jalan Allah secara tunai.
✓ Fikir bagaimana 5 amal dapat hidup di setiap masjid. Ini adalah asas kerja, jadikan setiap masjid hidup seperti Masjid Nabi. Wanita perlu dibentuk untuk sentiasa berfikir menghidupkan amal di rumah dan menguatkan usaha tempatan di masjid dan surau.

*TERTIB KERJA*

✓ Taat Amir. Hanya seorang Amir Dikalangan lelaki, tidak ada wakil amir di kalangan wanita.
✓ Taat keputusan mesyuarat.
✓ Diterangkan 12 usul.
✓ Pakaian 100 % berpurdah dan bersifat sederhana
dan berwarna gelap.
✓ Tidak memakai perhiasan semasa keluar.
✓ Sediakan Set Taklim-satu buku
wanita / lelaki. Apabila ramai wanita hadir maka dengan mudah boleh pecah kepada beberapa halqah taklim kitabi. Di waktu lapang pula setiap gambar orang boleh baca taklim secara infradi.
✓ Sediakan set taam.
✓ Bawa tali dan cadar untuk tirai yang lebih.
✓ Bawa sistem pembesar suara mudahalih bersama.
✓ Sediakan buku mesyuarat - buku pendua dan kertas taskil secukupnya.
✓ Kenderaan di mesyuaratkan dahulu-naik kenderaan apa? Dengan siapa?
✓ Khidmat memasak makanan adalah dikalangan wanita. Memasak untuk jemaah dan ahli rumah sahaja.
✓ Tuan rumah hanya dibenarkan menyediakan masakan sekali sahaja. Sekiranya orang tempatan ingin nusrah makanan, hendaklah dimesyuaratkan terlebih dahulu.
✓ Mereka yang diputuskan untuk memasak sahaja membuat keputusan mengenai menu pada hari itu.Yang lain boleh bantu jika perlu. Makanan sebaiknya boleh dimakan oleh semua ahli jemaah.
✓ Tiada amalan bayan / targhib dari pihak lelaki waktu gelap (malam &selepas subuh).
✓ Tiada amalan ijtimaie selepas Solat Isyak. Sekiranya perlu Solat Isyak boleh di lewatkan sedikit demi menyempurnakan amal amal ijtimaie.
✓ Tiada mulakat (pertemuan) di waktu malam kecuali dharurat, contoh ahlia sakit kuat.
✓ Tiada karkuzari bertulis dari wanita- hanya secara lisan kpd suami.
✓ Rumah hendaklah dilihat sebelum masuk & sebelum berpindah ke route seterusnya.   
➢ Tandas ada berapa
➢ Tempat wudhu ada berapa
➢ Ruangan sidai baju
➢ Ruangan taalim, bayan, mulakat.   
➢ Tabir & tirai.
➢ Ruangan memasak
➢ Kemudahan air (buka paip untuk lihat tekanan air)
➢ Penghuni rumah yang lelaki / anak-anak.
✓ Route jemaah dimesyuaratkan dengan orang tanggungjawab markas.
✓ Semua rumah orang Islam sesuai untuk terima jemaah masturat, tidak mestinya rakan seusaha.
✓ Tempoh maksima membuat usaha disebuah rumah 2-3 hari tidak termasuk hari perjalanan.
✓ Tidak ada amalan sampingan (side program) walaupun ke tempat rumah taalim mingguan.
✓ Tidak boleh keluar rumah untuk menziarahi rumah saudara mara.
✓ Tidak dibenarkan membeli belah bersama isteri.
✓ Waktu berpindah pastikan suami mengambil isteri masing masing.
✓ Pastikan rumah dikemaskan setiap hari dan terutamanya sebelum meninggalkan rumah.
✓ Pasangan yang nusrah sepenuh masa, paling ramai 2 pasang sehari semalam. Maksud nusrah penuh ialah orang lama yang boleh membantu jemaah /Tuan rumah.
✓ Syarat orang yang nusrah penuh masa,sama seperti jemaah yang keluar.Untuk jemaah 10/15 hari ,1 pasangan baru boleh diserapkan selama 24 jam  untuk mendedakan mereka kepada amalan jemaah masturat. Tuan rumah hendaklah dihubungi sebelum berangkat.

➢ *ATURCARA AMALAN 24 JAM*

Taalim
➢ Halqah Tajwid
➢ Kitabi
➢ Muzakarah 6 Perkara

➢ Jenis-jenis kitab yang boleh dibaca

➢ Fadhail Amal
➢ Muntakhab Ahadith
➢ Fadilat Sadaqah.
➢ Di waktu tertentu - Fadhilat Ramadhan & Fadhilat Haji

➢ Taalim pagi 2 jam hingga 21/2 jam di mulai dengan
➢ Fadhilat Majlis
➢ Fadhilat Quran
➢ Halqah Tajwid
➢ Taalim Kitabi
➢ Muzakarah 6 perkara.

➢ Muzakarah 6 perkara, semua orang kena cakap ke enam sifat setiap hari. Jangka masa yang Sama hendaklah diberikan pada setiap orang.
➢ Sekiranya wanita yang hadir waktu pagi melebihi 15 orang dan mereka tidak hadir diwaktu petang, maka bayan lelaki boleh diadakan.
➢ Selepas Zohor tiada amalan ijtimai.

➢ Selepas Solat Asar.
➢ Sebelum bayan Asar, taalim hendaklah dibaca lebih kurang 30 minit.
➢ Bayan lelaki lebih kurang 40-45 minit, di ikuti dengan taskil oleh ahli jemaah wanita selama 10-15 minit.
➢ Dalam tasykil setiap wanita ahli jemaah hendaklah memberi tasykil kepada wanita tempatan yang dengar bayan.
➢ Galakan dan dorongan kepada wanita tempatan oleh ahli jemaah wanita sangat berkesan untuk lebih mempengaruhi hati yang telah dilembutkan melalui bayan.
Taskil dibuat melalui pujukan dengan cara memberi dakwah iman dan fadhilat sehingga wanita wanita yang hadir memberi azam-azam seterusnya menuliskan nama-nama mahram lelaki dengan kerelaan hati.

➢ Setiap ahli jemaah membuat taskil demi membina mizaj dakwah dalam diri dan wanita yang baru boleh dipasangkan dengan wanita yang berpengalaman pada hari permulaaan, kemudian dia pun harus berpecah dan menjalankan taskil selepas setiap bayan lelaki.
➢ Apabila kertas taskil keluar dari balik tabir barulah berdoa.
➢ Sekiranya masa tidak mengizinkan, selepas wanita menyempurnakan taskil maka setiap wanita membaca doa kifarah majlis apabila taskil mereka telah selesai.
(Jangan rosakkan tashkil dengan jamuan makan dan minum)
➢ Lepas doa maka mana mana wanita tempatan yang masih ada, maka hendaklah di ikhtilat dan dakwah infradi.
➢ Jamuan makan dan minum (jika ada) hendaklah dihidang selepas doa selesai. (bukan di penghujung bayan)
➢ Program selepas Solat Maghrib dan nawafil adalah muzakarah (lebih kurang 30-45 minit).Solat Isyak boleh dilewatkan sedikit sekiranya perlu.

➢ Perkara- perkara yang perlu di muzakarahkan
❖ Usaha hidupkan amal dirumah 24 jam - mesyuarat, dakwah, taklim, zikir, tarbiah anak- anak, hidupkan Sunnah dsb.
❖ Adab makan
❖ Adab tandas
❖ Adab Tidur
❖ Adab Perjalanan.
❖ Beberapa pesanan wanita
❖ Hidupkan taklim di rumah
❖ Hidup sederhana.
❖ Didik anak cara sunnah.
❖ Muhabbah/Kasih sayang
❖ Sabar & Tahamul
❖ Halqah dakwah iman
❖ Fikir alami
❖ Adab Mulakat
❖ Adab Istikbal
❖ Kelebihan tahajud
❖ Adab Usul
❖ Usaha tempatan lelaki / 5 amal jemaah masjid
❖ Kaedah taskil dan ikhtilat.
❖ Selepas Isyak adalah masa untuk makan, menyudahkan amal-amal harian dsbnya.
❖ Bila lampu dipadam, semua ahli jemaah perlu tidur, tidur awal bangun tahajud pun awal.Tahajud sangat penting dalam usaha dakwah.
❖ Hidupkan lampu lebih kurang 30 minit sebelum Solat subuh.
❖ Selepas solat subuh, sempurnakan zikir harian dan tilawah Quran infradi.
❖ Boleh muzakarah lagi sehingga solat Isyrak.
❖ Selepas Subuh (langit sudah cerah) sekali sekala adakan targhib dari ahli jemaah lelaki.
❖ Adab talim dan apa jua adab (jika perlu) boleh disampaikan oleh pihak lelaki.
❖ Mesyuaratkan setiap hari petugas khidmat, istiqbal, pembaca program dan karkuzari.

❖ Taskil yang perlu dibuat oleh setiap wanita
❖ Disetiap rumah usaha dibuat untuk menjadikan rumah setiap orang islam cawangan masjid iaitu dengan menghidupkan amal-amal masjid 24 jam - taklim,ibadat,khidmat,mesyuarat.Galakkan  rumah mengadakan satu amalan selepas setiap waktu solat.
❖ Jadikan dakwah maksud hidup dan kerja utama.
❖ Tertib masturat keluar 3 H setiap 3 bulan.10/15 H setiap tahun dan 2B/40 Hari setiap 3 tahun.
❖ Galakkan mahram kita untuk keluar ke jalan Allah- 4B,40H,2B jalan kaki ,Negara Jauh dan juga membuat kerja tempatan.

❖ Pembentukan Jemaah Tunai

❖ Di setiap rumah jemaah hendaklah berusaha sungguh-sungguh untuk mengeluarkan jemaah 3H Masturat secara tunai.

❖ Pihak lelaki & wanita perlu membuat taskil tunai.

❖ Di tempat yang usaha masturat masih baru jemaah hendaklah menyediakan pasangan- pasangan baru untuk nusrah penuh 24 jam.

❖ Sekiranya perlu jemaah boleh mengusahakan pasangan wanita yang berpengalaman daripada halqah untuk lengkapkan jemaah.

❖ Melalui mesyuarat jemaah dan orang tanggungjawab markas-usaha dibuat untuk menyediakan route jemaah tunai, rumah bayan hidayat dan pembayan hidayat untuk setiap jemmah 3 H masturat yang bakal dikeluarkan.

❖ Jemaah masturat 3H yang dikeluarkan tunai, tapi di dalamnya kurang wanita berpengalaman hendaklah dihantar kerumah yang ada wanita berpengalaman dan tempat-tempat orang lama dalam usaha masturat.

❖ Sebai-baiknya jemaah hendaklah menyaksikan jemah 3H tunai keluar terlebih dahulu, sebelum berpindah ke rumah diroute yang seterusnya.

❖ *TAMBAHAN UNTUK DI DENGAR JEMAAAH LELAKI SAHAJA*

❖ Perkara-perkara yang tak boleh disentuh dalam bayan lelaki
❖ Pasal Poligami
❖ Purdah
❖ Wanita Bekerja
❖ Keadaan yang mengaibkan wanita.
❖ Bayan umum hendaklah disampaikan oleh ahli jemaah yang sedang keluar.

❖ Targhib kepada ahli jemaah boleh dibuat oleh orang lama & tanggungjawab.

❖ Ikhtilati Gasyt- kerumah rumah jiran rumah masturat untuk memaklumkan waktu taklim & bayan lelaki di rumah masturat.Ini bertujuan untuk mengundang jiran tetangga kepada Tuan rumah untuk hadir dalam program.

๐Ÿ‡๐Ÿ‰๐ŸŒ๐Ÿ‹๐ŸŠ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ…

No comments:

Post a Comment