Friday 26 July 2019

Tertib Tafakut Untuk Jemaah 3 Hari Masturat




gambar sekadar hiasan

SYARAT UNTUK KELUAR

a. Untuk kali pertama - minimum  Masturat telah hadir taklim Masturat.

b. Utk Masturat pengalaman - lelaki/ suami telah keluar nisab lelaki 2 bulan berturut2.

c. Untuk lelaki yg poligami - sebelum bawa ahlia no 2 keluar, hendaklah diselangi dengan keluar nisab lelaki 3h dahulu. Tidak boleh bawak isteri pertama dan kedua tanpa diselangi dengan keluar 3h lelaki.Juga tidak boleh bawa isteri pertama dan kedua dalam bulan yg sama.

d. Sekiranya baru sahaja tangguh dari Khuruj 10H atau 40H/2B Masturat, hendaklah keluar dahulu lelaki 3h 2 bulan berturut2, kemudian baru boleh keluar 3h Masturat.
Tetapi sekiranya baru sahaja tangguh 3h, tidak perlu tunggu 3bulan untuk keluar 10H atau 2B.

*SYARAT PEMBENTUKAN JEMAAH 3H*

1. Terbaik - 2 org lama 40h/2b, 2 org 10h, 2 org baru.

2. Kalau ramai org lama, kena cari route Rumah org baru atau halqah yg Ada takaza taklim Masturat, atau nak keluarkan jemaah cash.

3. Kalau ramai org baru, cari Rumah atau halqah yg Ada org lama supaya jemaah akan dapat tarbiah.

4. Paling kurang 4 pasang, paling ramai, 6 pasang. Takde Istilah nusrah utk nak masukkan jemaah lebih dari 6 pasang.

5. Org yg tafakut sahaja boleh keluar. Kalau Tak dtg tafakut Hari Rabu, boleh hadir Hari Khamis atau minggu depan rabu utk tafakut.

6. Kena tajwizkan dulu cadangan pembayan hidayat sebelum pembentukan jemaah. Kena Ada 2 cadangan pembayan Hidayat. Cadangkan pembayan yg faham dengan tertib2 Masturat dan yg ada hubungan dengan Markaz. Kadang2 ada org yg pernah keluar 40h Masturat pun tidak mahir dengan tertib2 Masturat. Jadi pikirkan org yg sesuai utk bagi bayan Hidayat.

7. Tempat bayan Hidayat, usahakan tempat yg dekat dgn semua ahli jemaah. Elakkan bayan Hidayat dirumah ahli jemaah sendiri.

8. Lantik Amer sab yg mahir dalam tertib Masturat.

9. Tanya kalau ada anak kecil yg umur kurang dari 2 tahun yg masih menyusu badan. Tak boleh keluar kalau kurang dari 2 tahun.

10. Tanya kalau Ada ahlia yg mengandung. Lebih 7 bulan tidak digalakkan keluar.

11. Kalau Ada yg nak bawak anak perempuan keluar, Tanya umur dia. Umur minimum ialah 12 tahun. 1 jemaah hanya boleh bawak 2 org anak perempuan dari ibu yg berlainan. Anak lelaki tidak boleh langsung dibawa keluar.

12. Utk wanita yg hamil, kalau kesihatan dia kurang baik, tidak digalakkan keluar. Contohnya mual2 atau muntah.

13. Untuk bawak isteri kedua, kenalah diselangi dengan lelaki keluar nisab lelaki dulu. Tidak boleh bawak isteri pertama dan kedua berturut2 tanpa diselangi dengan nisab lelaki.

14. Untuk first time keluar, kalau suami tidak pernah keluar   dengan jemaah lelaki, dia masih boleh keluar Masturat 3h. (First time sahaja).

15. Untuk lelaki yg dah lama Tak keluar pun, kalau dia Tak jaga nisab lelaki, dia boleh keluar 3h Masturat.

16. Untuk upgrade dari 3h ke 10h atau 40h, tidak perlu tunggu sehingga 3 bulan. Tetapi selepas keluar 3h, 10h atau 40h/2b, untuk keluar 3h nisab, kena tunggu 3 bulan. Tidak boleh keluar 3h kalau kurang dari 3bulan atau dia tidak menjaga nisab lelaki 2 bulan berturut2.

17. Semasa tafakut, kalau ada banyak jemaah yg dibentuk, elok kalau kita tengok semula keseluruhan jemaah supaya dapat di imbangkan nisbah org lama dan org baru dalam jemaah2 yg dibentuk tu.

18. Orang bujang hanya boleh bawa ibu dia untuk keluar 3h. Dia tidak dibenarkan bawa adik beradik perempuan dia.

19. Wanita bujang hanya boleh keluar bersama ayah dan ibu dia sahaja. Seorang ayah tidak boleh bawak anak perempuan dia tanpa membawa ibunya (isteri dia).

20. Kalau nak bawak adik beradik perempuan yg dah berkahwin, hendaklah meminta izin dari suaminya dahulu.

Untuk tafakut Masturat, penting untuk tanya soalan2 diatas. Kalau ada org nak keluar jugak tanpa jaga tertib2 ni, insyaallah dia tidak akan dapat tarbiah. Wallahualam.

๐ŸŒ๐Ÿ‹๐ŸŠ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ…๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ‰๐Ÿ‡

3 comments: